23 December 2011 Tags: 0 comments

Hidung


Assalamualaikum dan salam ziarah..
Salam Sayyidul Ayyam yang mulia.Kali ini saya nak berkongsi mengenai hidung pula, biasanya kita ni jarang sangat mengkalorkan mengenai hidung kita walaupun ianya sebenarnya sangat penting.
 

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda:
"Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)"

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita sedang tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
 

Tidak dapat diketahui  dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.
 
Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
 
Cara nak membersihkannya :
1.Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan.Jangan gunakan jari yang besar atau
sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

Maka, sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).
Wallahu alam

*mengkalorkan= bahasa loghat Chenor bermaksud mengambil tahu hihi

No Response to "Hidung"

.

.