09 March 2015 0 comments

::Perniagaan ini::

Assalamualaikum,

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dirafakan ke hadrat ilahi..atas pelbagai nikmat kurniaannya.

Dalam kekangan menghadapi kewajiban sebagai hambanya, pelbagai tuntutan datang dan pergi, kebejatan akidah dan akhlak berlaku seganasnya. Mungkinkah kemungkaran sewenangnya berleluasa akibat daripada pengurusan alam dan dunia yang dikuasai golongan kuffar? Atau kelemahan daripada umat Islam sendiri yang banyaknya meletakkan kecintaan kepada dunia dan isinya.

Pemikiran umat Islam yang masih di dalam penjajahan ini perlu diselamatkan segera.

Menjadi tanggungjawab kita selaku muslimah mukminah yang mengaku beriman untuk bersama-sama menyelamatkan ummah ini dengan menerima tawaran perniagaan yang menguntungkan ini.

  • Tawaran perniagaan yang menyelamatkan kita dari azab yang pedih.
  • Perniagaan yang mendapat pengampunan Allah taala.
  • Perniagaan yang memasukkan kita ke dalam syurga Allah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.
  • Juga perniagaan yang menempatkan kita di tempat yang baik di syurga adnin.


Dan ianya adalah:
1. Beriman kepada Allah taala.
2.Beriman dengan Rasul-Nya.
3.Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa raga.

Semoga pengorbanan dan ketulusan hati kita dalam menjalankan perniagaan ini, di pandang di sisi Allah taala sebagai satu amalan yang melayakkan kita ke syurga-Nya.Insyaallah.

No Response to "::Perniagaan ini::"

.

.