12 July 2016 1 comments

APSA

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan Mubarak.

Sekadar ingin kongsikan berkenaan APSA Cawangan Pahang.

Alhamdulillah..tanggal 13 Ramadhan 1437 H bersamaan 18 Jun 2016, Majlis Perasmian Kelas APSA Cawangan Pahang dan Majlis Taujihad Kelas Pertama telah selamat diadakan dengan jayanya. Majlis disempurnakan oleh Ustazah Salamiah Mohd Noor bertempat di Balai Islam Sungai Gau dengan jumlah pelajar sesi pertama ini adalah seramai 33 orang.








Apakah APSA?
Adalah kependekan dari Akademi Pengajian Saidatina Aisyah yang menawarkan Diploma Eksekutif Naqibat. Pengajian selama 2 tahun.Bernaung di bawah Lajnah Tarbiah Dewan Muslimat PAS Pusat.

Secara peribadi, saya amat bersyukur atas kewujudan APSA Cawangan Pahang ini. Semoga objektif untuk melahirkan ramai naqibat yang AKIFI ( alimah,sufiyyah dan harakiyyah) akan tercapai.

Info lanjut boleh berhubung dengan 
Pengarah APSA Cawangan Pahang- Pn Akma albiruni_su@yahoo.com

08 April 2016 1 comments

Jadual Oh Jadual

Assalamualaikum.. salam Jumaat Mubarak..

Hari ni nak bercerita santai pula. Biasa cerita hal-hal lain, harini nak cerita perihal di tempat kerja.Jarang-jarang saya menulis sesuatu berkaitan tempat kerja saya.

Semenjak 4 tahun lepas diamanahkan memegang Guru Data.Bukan Guru Data sahaja, Guru Penyelaras Tahun 6, Setiausaha Peperiksaan UPSR, dan yang tidak kurang mencabar ialah Guru Jadual Waktu. Agaknya disebabkan ada sedikit kemahiran komputer, makanya saya dapatlah jawatan-jawatan penting dan memeningkan tadi :) Sehingga ke 2016 ni, semua tu belum dilucutkan, maka saya menggalasnya lagi entah sampai ke bila(harap-harap tak la tetap dan berpencen).

Nak cerita khusus berkenaan Jadual Waktu. Entah kenapa tahun 2016 ni guru-guru di sini ditukarkan seorang demi seorang..terutama orang paling atas dan hulubalangnya. Setulusnya, saya sudah selesa dengan pentadbiran yang sebelum ini. Menangis juga di dalam hati apabila boss-boss  ditukarkan :'(. 

Apabila pentadbiran baru, maka cara pegurusannya pun berbeza. Sehingga ke hari ini masih berlangsung pertukaran guru seorang demi seorang. Maka tak kering keringat S.U Jadual membuat perubahan. Menyusun jadual bukanlah perkara yang terlalu rumit, tetapi kena berhati-hati. Jadual padat dan rapat, ramailah yang tak puas hati.Jadi, kekadang S.U Jadual terpaksa korbankan masa sendiri. 

Rungutan dengan rombakan usah dikira lagi..sememangnya kena berhati besi:)

Sebenarnya dalam usaha menyusun jadual lagi.. Versi 5 untuk selasa nanti...

Memikirkan hujung minggu ni yang padat, harap Allah terus beri kekuatan dan ketenangan dalam menyusun jadual kali ini.. :)

Sekadar cerita hati.
Salam Juang.. 





06 April 2016 0 comments

Catatanku

Ahlan Wasahlan Ya Ibril..

Allahuakbar..pantas masa berlalu.Dah tiba bulan April. Menyimpan sesuatu di kotak memori adalah lebih mudah berbanding diadaptasi dalam bentuk tulisan di sini. 

Tahun 2016, amanah semakin bertambah. Baik di sektor pekerjaan mahupun amanah jemaah.

Terbaru, agak banyak memikirkan  projek pembinaan Akademi Pengajian Saidatina Aisyah di bawah DMP Negeri Pahang. Diamanahkan sebagai Pengarah utk kemasukan pertama.Alhamdulillah, usaha pertama membentangkan  Kertas Kerja penubuhan di Pusat. Insyaallah kemasukan Mei untuk Cawangan Pahang. Doakan semoga usaha penubuhan madrasah tarbiah ini berjalan lancar dan usaha ini diberkati Allah.

Untuk kerja-kerja jemaah yang lain,target dan kpi untuk perjalanan seterusnya telah disusun atur.Tunggu lagi untuk dilaksanakan dengan perancangan yg strategik. Betul, kewajiban lebih banyak berbanding masa yang ada. Apa yg disusun, laksanakanlah sebaiknya.
Semoga usaha meninggikan syariat Islam ini dikira amal soleh oleh Allah Taala. 

Sekadar sebuah catatan..Ilal Liqo..

15 February 2016 0 comments

Amanah

Salam siaran :)
Semalam baru berkira-kira dgn adik Su..berapa jawatan seorang pegang dalam parti? Sempat buat checklist.Masyaallah...ada lebih dari 10.
Bukan nak cerita gahnya banyak jawatan, tp betapa tiadanya nama untuk mengambil jawatan tu..
Hakikat saya, terasa beratnya bahu memikulnya, malah Amanah yg perlu dipertanggungjawabkan.
Perasaannya,Andai ada yg mahu menggalasnya,sudah pasti akan aku lepaskan.
Namun, tiada sudahnya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.Amanah perjuangan,laksanakanlah sebaiknya..

Hari ini terbaca artikle ini..Moga ada hati yg peduli :)

PAS HANYA RAMAI PENYOKONG, BUKAN PENDOKONG

Sungguh menarik pengalamanku bersama-sama PAS secara aktif sejak dua tahun lalu. Aku cepat belajar rupanya. Aku belajar kelemahan diriku dan aku belajar kelemahan ahli yang berada di dalam gerakan ini. Rumusanku ialah PAS hanya ramai penyokong tetapi kekurangan pendokong.

PAS kini mempunyai sejuta lebih ahli. Penyokong yang bukan ahli pastinya lebih dari itu. Ada yang sokong PAS kerana benci dan marah akan UMNO. Ada yang sokong PAS kerana tak yakin dengan PKR dan parti-parti pembangkang yang lain. Selebihnya adalah mereka yang sokong PAS kerana memahami tuntutan Islam dan melihat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang ikhlas berjuang, amanah dan bersih.

Boleh aku rumuskan bahawa mereka hanya menyokong melalui peti undi. Mereka begitu teruja untuk memenangkan PAS ketika PAS menghadapi pilihanraya. Mereka akan bersyarah dan berdebat dengan rakan taulan untuk meraih undi dan sokongan. Kalau nak bekerja dan berderma sedikit pun masa inilah pilihan mereka.Itulah kemuncak sokongan. Itulah dinamakan penyokong.

Siapakah yang mendokong PAS ketika PAS memerlukan tenaga sepanjang masa di cawangan-cawangan. Kalian di semua cawangan, bersetujukah kalau aku katakan bahawa hanya lingkungan 30% - 50% yang menghadiri mesyuarat, lingkungan 20%- 40% yang melazimi usrah dan lingkungan 30% - 40% yang bekerja untuk menjayakan program-program cawangan. 60% daripada mereka adalah orang yang sama iaitu pemimpin-pemimpin utama cawangan manakala 40% lagi adalah ahli yang ‘sekali ada sekali tak ada’.
Peratus-peratus itulah yang boleh dikategorikan sebagai pendokong PAS.

Kejayaan sesuatu organisasi adalah berdasarkan ‘teamwork’, komitmen dan pengorbanan ahli. PAS cawangan berjaya kerana adanya pendokong-pendokong tadi yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit. Tetapi yang teruk dan penatnya ialah orang yang sama. Terpaksa pegang pelbagai tugas dan jawatan dari peringkat Kawasan hingga MTD, UPU dan cawangan serta tak lupa lajnah-lajnah. Penyokong-penyokong kepada perjuangan Islam sedarkah akan senario penat dan terbeban segelintir pendokong ini?

Kalian mungkin tidak menyedari apa-apa kepayahan mereka kerana kalian hanya memilih untuk menjadi penyokong dalam zon selesa. Zon selesa kalian ialah apabila kalian tidak mungkin ditukarkan tempat kerja, gaji dan pangkat kalian tak mungkin terjejas, wang dan harta kalian tak terluak habis berjuang, masa rehat, masa rekreasi dan masa bersama keluarga tak pernah dicuri oleh perjuangan manakala tenaga kalian kekal sihat tanpa ada penat, tak bermaya dan tak cukup tidur kerana diperah perjuangan.

Aku telah melihat senario ini. Aku telah lihat pemimpin kawasan yang terpaksa menerima amanah memegang 10 tugas dan jawatan. Aku telah lihat pemimpin menghadiri 15 kali dari 15 jenis  mesyuarat dalam tempoh sebulan. Aku telah lihat mereka hari ini ke hulu menghulur bantuan, esok ke hilir menziarahi pesakit dan mustadhafin, lusa memaku dinding rumah yang hampir tumbang. Aku pernah lihat rumah mereka ditenggelami banjir ketika mereka sibuk mencaknai mangsa banjir. Ketika mana kita memilih zon selesa perjuangan, kita tak sedar ada zon korban demi Islam.

Hari ini kita boleh terus menghiasi zon selesa kita dan nanti kita mendakwa di hadapan Allah kitalah pejuang. Atau hari ini kita mula menginsafinya dan mula berjinak dengan zon korban. Dari zon manakah Salahuddin al-Ayubi memilih tenteranya untuk meneruskan perjuangan dan akhirnya mereka menang? Senyumlah seperti pesanan murabbiku, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”
Ali Imran:142

Utk muhasabah diri & perkongsian bersama

04 February 2016 0 comments

Akhillaa’ ku: Bersamalah membantu jemaah.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Lama rasanya saya tidak menulis sesuatu. Coretan untuk kali ini saya buka dengan babak imbas kembali. Tengok tajuk tu, kenapa saya guna perkataan Akhillaa’ ye? 

Sebab maksudnya teman rapat, berdasarkan ayat di bawah ini.


67. teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.
Surah Az Zukhruf ayat 67
Duhai Akhillaa’ku,

Pernahkah kalian mendengar kisah seekor kambing yang dibaham serigala kerana duduk sendirian? Juga suatu  analogi yang sering digunakan iaitu lidi yang satu lebih mudah dipatahkan berbanding lidi yang banyak dan digabungkan untuk melambangkan kepentingan sifat kesatuan dan berjemaah itu sendiri. Begitulah apa yang saya rasakan. Saya pasti tidak akan mampu untuk bergerak dalam medan yang saya duduki ini jika saya bersendirian. Boleh jadi saya menjadi seekor kambing yang akan dibaham serigala. Dan boleh jadi saya menjadi sebatang lidi yang akan dipatah-patahkan. Mengambil ibrah dari Surah As-Saff ayat 4,

4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Makanya,
Untuk saya terus kuat berada di atas jalan ini, saya perlukan "akhillaa’" saya yang tersendiri. Tanpa mereka, saya pasti tidak menjadi seperti hari ini. Kerana saya sendiri sedia maklum akan sifat diri saya yang lemah. Ada masanya semangat kembali pudar dan perlu dibangkitkan.Dan ya, kalian inilah yang menjadi  sumber kekuatan saya.Maksudnya setiap kali saya terlibat dengan sebarang program, saya saya pasti mahukan kalian juga bersama-sama saya.Terima kasih kerana sudi bersama untuk terus menjadikan kita istiqomah di jalan perjuangan yang kita pilih ini.

Istiqomah itu bagaimana pula?? Seperti  kata YB Ust Nasruddin Hasan Tantawi, "Istiqomah ini bukan sekadar duduk lama. Jika kita hanya sekadar nak duduk lama, itu umpama kain buruk. Tetapi, apa yang kita mahukan ialah Istiqomah dengan erti kata yang sebenar iaitu proaktif dalam melaksanakan tugas jemaah."

Oleh itu, saya meletakkan harapan agar dengan terus proaktif dalam membantu jemaah bersama kalian, ianya mampu membuatkan kita lebih akrab@dekat dengan Allah dan tidak pernah terputus dari jalan perjuangan.
Islam langsung tidak memerlukan kita. Tanpa kita, syariat Islam masih mampu ditegakkan selaras dengan janji Allah bahawa kemenangan Islam pasti akan tiba. Tapi saya menyedari hakikat bahawa saya cukup dahagakan 'kesibukan' dan cintakan perjuangan ini. Subhanallah, cantik sungguh perancangan Allah yang telah meletakkan saya dalam jalan ini.


Ya, saya tidak pernah menyesal  walaupun adakalanya saya merasakan diri saya bukanlah insan yang hebat malah  lemah dan tidak berdaya. Kerana itulah saya memerlukan akhillaa’ saya dalam perjuangan ini. Semoga kita dapat terus bergandingan tangan bersama untuk membantu jemaah. Bak kata Ustaz Idris Ahmad “Allah tidak tanya kamu berjaya atau tidak, tetapi akan ditanya kamu berusaha atau tidak”. Wallau'alam

03 January 2016 0 comments

Salam Tahun Baharu Masehi 2016

Assalamualaikum ukhti yang sayangi..

Tirai 2015 dah nak tutup, 2016 dah nak sampai...smg kekhilafan dan dosa di 2015 terus kita lupakan dan lupuskan dgn istighfar dan taubat..dan semangat juang yg berkobar-kobar dan cita-cita yg tersemat akan terus semarak di 2016..kita semua masing2 dah kembali ke destinasi masing2.medan ilmu dan kutub khanah juga medan menimba pengalaman dan mengutip mutiara berharga buat bekalan masa hadapan.Jangan lupa di medan itu juga kita akan mendidik jiwa kita dan mentarbiah.juga mengajak sesiapa di sekeliling kita utk kita islah dan dakwah. Ingatlah hidup dan mati kita kerana Allah, juga tugas dan amanah utk ummah.Jangan biarkan sehari berlalu tanpa memikirkan tentang agama ini dan ummah.
Diri ini juga masih terus di sini.Menimba sebuah pengalaman mendidik jiwa2 muda ke arah mengenal Rabb yg Esa. Doakan semoga diri ini terus kuat dan Istiqamah di jalan perjuangan menuju Ilahi.
Terima kasih atas sebuah ukhuwwah. Smg ukhuwwah fillah ini hingga ke jannah.Pohon kemaafan atas kekhilafan diri ini.Andai tersalah kata juga bicara,terkata dan tercerca, mohon halal segalanya.
Sekian sebuah madah berhelah, semoga hidup kita semua dalam pimpinan dan rahmat Allah.

Salam sayang lillah,
UmmuAufa
Hati Besi

.

.