18 July 2018

Assalamualaikum

Terlihat sebuah video penderaan terhadap kanak-kanak yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Mengucap panjang kita. Terasa menyirap darah ke kepala. Bagaimanakah sebagai seorang manusia sudah tiada peri kemanuasiaan dalam diri? Sekiranya mereka manusia yang waras, sudah pasti tidak sanggup untuk memperlakukan sebegitu rupa kepada kanak-kanak yang tiada dosa.

Sudah pasti manusia durjana tersebut sudah hilang kewarasan fikiran, mungkin disebabkan pelbagai pengaruh luaran seperti mengambil dadah, tekanan perasaan dan sebagainya.

Dari satu sudut, dilihat nipisnya iman dalam diri. Kerana iman lah benteng manusia dari melakukan kemungkaran.Lalu ditambah mengikut emosi yang telah dihasut syaitan laknatullah. Nak dapatkan iman, kenalah cari dengan mengamalkan cara hidup Islam sebenar. Berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasulullah. Semua itu milik Allah taala, maka kita sebagai manusia, kenalah mencarinya.

Cara hidup seseorang dipengaruhi persekitarannya. Persekitaran kita kini tidak banyak membantu dalam meningkatkan keimanan. Budaya hedonisme menjadi-jadi dalam masyarakat. Artis dijadikan idola. Media massa hanya banyak menayangkan program-program keseronokan. Budaya ilmu dan agama hanya picisan. Kerana itu,didikan persekitaran yang banyak ke arah keseronokan tidak akan mencambah keimanan.

Semua pihak memainkan peranan. Bermula dengan diri sendiri, keluarga yang menyokong, masyarakat yang bahu-membahu, malah pemimpin negara perlu membentuk negara dengan Syariat Islam.

Iman harus dicari, masyarakat yang rosak perlu diperbaiki, negara harus dipimpin oleh Ulul Amri yang sebenar.

Apabila syariat diletakkan belakang...tengoklah hasilnya.

Semoga kita semua dibimbing Allah taala dalam meneruskan kehidupan.

Sekadar sebuah pandangan picisan.
-HatiBesi-

.

.

...terus mencari nur ilahi... . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates