21 July 2011 Tags: , 1 comments

::Marhaban Ya Ramadhan::


Nasyid yang mengalu-alukan kedatangan Ramadhan..Ramadhan Madrasah Kehidupan...Aufa suka sangat dengar nasyid ni...:)

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)


18 July 2011 Tags: 0 comments

::Mutiara berharga, kami mahu menjejakimu::

Assalamualaikum dan salam ziarah...

Sejak semalam hati sedikit resah, kekadang datang perasaan bersalah, kecewa.Sebuah peristiwa yang membuatkan pergolakan diri melanda, kecil hati pada insan lain.MasyaAllah, terasa berdosanya hamba ini...
Sampai malam, saya agak terperanjat dengan berita kehilangan seorang srikandi, permata agama YB Dr Lo' Lo Mohd Ghazali Ahli Parlimen Titiwangsa.
Dalam fatrah diri perlukan motivasi, saya ambil ibrah dari kehilangan besar YB Dr Lo' Lo' ini.
Saya tidak mengenalinya dengan dekat, namun saya pernah berkesempatan bertemu dan berjabat tangan dengannya.Juga, satu masa dulu saya pernah beriringan dengannya berjalan di satu demonstrasi. Memandang wajahnya yang penuh dengan senyuman waktu itu, cukup membuatkan saya kagum, siapa tahu, beliau sudah menanggung kesakitan yang agak lama..Namun kecekalan dan kepimpinan yang beliau tunjukkan sepanjang hayat sudah cukup membuktikan beliau seorang Muslimah berjiwa besi. Komitmen yang tinggi dalam tugas dan perjuangan sedikitpun tidak menunjukkan beliau di dalam kondisi masalah yang berat sehinggalah kesihatan mengganggu tugasnya.
Rata-rata melalui pembacaan saya,kehilangan beliau cukup dirasai ramai jiwa, seorang idola masyarakat yg mampu membawa perubahan di kawasan yang diwakilinya.
Saya begitu teruja dengan segala usaha dan perjuangan beliau. Semangat dan motivasi yang beliau pernah tanamkan di dalam dirinya perlu saya ambil buat bekalan perjalanan saya.
Sedikit calar yang pernah terguris di hati tidak perlu disimpan lama jika mahukan ummah yang sejahtera.Pandang sahaja kepada almarhamah YB Lo' Lo',sudah tentu tugas sebagai wakil rakyat sudah banyak menyimpan gurisan-gurisan rasa yang kekadang tidak hilang parutnya.
Sebagai seorang yang duduk di saff kepimpinan pula, beliau banyak memberikan idea-idea yang bernas bagi menyemarakkan lagi perjuangan di peringkat muslimat. Walaupun pada akhirnya beliau sudah tidak berdaya, namun idea-idea yang pernah diutarakan tetap diaplikasikan bagi kemaslahatan bersama. 
Moralnya di sini, marilah kita berusaha menjadi mata-mata rantai yang sebenarnya bagi agama Islam yang dicintai. Biarpun bukan kita yang memulainya, namun janganlah kita yang menjadi pengakhirnya. Berusahalah mewujudkan suasana yang solehah bermula dari kita sendiri. Juga ambillah semangat idola kita ini bagi bekalan sepanjang jalan dakwah. Masih ramai yang melalui ujian getir sepanjang hidup, namun usaha dakwah tetap berjalan.
Semoga almarhamah YB Dr Lo' Lo' ditempatkan bersama para Nabi,Syuhada dan Solehin juga pejuang Islam sepanjang zaman.
Al Fatihah.
  

14 July 2011 Tags: 0 comments

::Skemakah aku?::

Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah wa syukru lillah atas nikmat yang berpanjangan ini..semoga Allah memberkati diri kita dengan segala nikmat yag dikurniakan ini.

Cerita di suatu hari, ketika saya ke kedai yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Terserempak pula dengan sahabat lama,sama di bangku sekolah rendah...saya menemuinya dengan ucapan trademark saya :)
"Assalamualaikum..sihat ke?" Sambil menghulurkan tangan, kami berjabat mesra.
"Koi sihat je" katanya.."Amboi Ma (nick name saya), skema betul awak ni, sama macam dulu jugak" katanya kepada saya. Tergelak kecil saya."Skema?Apa yang skema tu?" tanya saya pura-pura tidak tahu. Walhal saya sudah maklum, sudah tentu tegurannya pada cara pemakaian saya. Padahal petang itu saya berbaju t-shirt labuh juga bergaun labuh. Mungkin yang dimaksudkan skema itu ialah pada stokin dan tudung labuh saya. Sedangkan dia, memakai t-shirt lengan pendek, berseluar jeans dan bertudung selempang.Nampak juga rambut yang sengaja dilepaskan di belakang.
"Yela, awak ni tetap macam orang Arab walaupun dah duduk di Malaysia."katanya lagi.
"Yang awak ni, koi tengok dah macam orang putih." seloroh saya.(Sambil-sambil pulangkan paku buah keras hehe)
"Yela Ma, koi tak masuk sekolah agama macam awak. Sekolah Menengah ambik subjek PI pun cukup makan je"
"Ish awak ni...itu bukan alasan sebab pemakaian kita macam ni..yang penting awak dah tau semua ni agama Islam yang suruh kan?" sempat pula saya cucuk dakwah pada dia.
"Doa-doalah Ma koi dapat hidayah, koi segan sebenarnya" itu kata-kata dia akhirnya.

Begitulah antara situasi yang selalu kita jumpa. Dulu, semasa saya disekolah menengah, saya selalu digelar sebagai seorang yang skema..sedangkan saya bersekolah agama. Kenapa saya selalu digelar demikian?Saya yakin, bukan saya seorang yang dapat gelaran itu, kebanyakan golongan seperti saya selalu dilebal sedemikian.

Cuba amati firman Allah ini:Surah al-Nur yang bermaksud:
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Juga Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

Juga Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”

Juga 1 hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran”perhiasan tubuh yang zahir” itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).
Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa  :

‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana  dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.

Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa :
“Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya. Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.

Daripada dalil-dali di atas jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, “Allah s.w.t. memerintahkan NabiNya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…” (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Jadi, berdasarkan bukti-bukti yang kita baca tadi jelaslah perintah menutup aurat itu wajib biarpun siapa sahaja kita.Istilah skema@ tidak sememangnya tidak wujud kepada si penutup aurat..ataupun biar apa sahaja gelaran kepada orang yang telah sempurna pemakaiannya, ia tidak sedikitpun menjejaskan kredibiliti kita.
Yang pasti, biarlah kita malu dengan Allah, jangan kita malu pada manusia sehingga sanggup meninggalkan perintah Allah.Semoga kita menjadi hamba Allah yang diberi rahmat untuk terus ke syurga tanpa halangan.ameen.

.

.