13 November 2009 Tags: 0 comments

Hadis : Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi
Huraian :
i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
ii) Antara hikmah korban adalah:
a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

29 October 2009 Tags: 0 comments

::tazkirah::

"Dari Abu Barzah Radiyallahu 'anhu, ia berkata: Adalah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apabila ia hendak berdiri (kerana hendak meninggalkan )majlis diakhir ucapannya beliau berkata : Maha suci Engkau Ya Allah, dan saya ucapkan puji-pujian untukmu .Saya bersaksi tiada tuhan yang lebih berhak disembah melainkan Engkau, dan saya memohon keampunan dan bertaubat kepada Engkau, :Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah,tuan mengucapkan suatu ucapan yang belum pernah tuan ucapkan pada masa-masa yang lalu. "Lalu baginda Rasulullah menjawab :"Yang demikian adalah kaffarah (yakni penebus) bagi kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam majlis."
(Riwayat Abu daud dan Al-Hakim)

28 October 2009 Tags: 0 comments

::syukurlah::

Alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Rabbul Jalil kerana dgn inayahNya jua diri ini masih tetap kuat dalam menjalankan ibadah dan ketaatan kepadaNya.
Setulusnya seandainya tidak dikurniakan kudrat ini, sesungguhnya diri ini telah lama futur dgn perjuangan yg telah sekian lama ku ber'baiah ini.
Sedar tak sedar perjalanan yang kulalui ini telah melalui pelbagai liku suka duka yang merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan pada setiap hambaNya.Hanya dengan aqlu salim dan keimanan yang teguh jiwa dan hati tetap utuh.
Syukran setulusnya buat zauji habibi yang memahami diriku serta selalu memberi galakan dalam meneruskan medan ini.Walau kita menanggung beban kesusahan dan kepayahan, namun hati dan jiwa kita tetap dikurniakan 'saadah' wa 'rahmah'.
Syukran rabbi atas besarnya rahmatMu pada kami....

20 October 2009 Tags: 0 comments

:: iklan ::




09 May 2009 Tags: 0 comments

::sejenak fikir::

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...Dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu Dan macam biasa,mesti Ada sikit belen ...

Tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti Ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi in still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ...

Tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... Kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... Samada kami perasan atau tidak ....so satu Hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...

Dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur Kita meningkat,hati Kita senantiasa belas tengok mak bapak Kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun Kita tahu yang Kita betul Dan mak pesan,dah Ada anak sendiri esok ....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...

Samalah ceritanya ..Dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x Dan berdoa semoga kami selamat pergi Dan selamat balik ....

Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... Kalau Ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan Dan sorang Qiam ... Kemudian berganti-ganti bacakan DOA lepas solat...

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ....solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... Dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia '

Dan peranan dapur rupa-rupanya. ..Dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila Kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila Kita kejar akhirat, dunia akan mengejar Kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam...

Terima Kasih,

27 March 2009 Tags: 0 comments

::projek saya::

hadiah hari guru buat saya
Lamanya saya tak usik blog saya.
Cadangan nak pergi sekolah memandu petang Jumaat ni terpaksa dibatalkan,cikgu pun ada kerja lain.


Hari Isnin sambutan hari guru diadakan,seronok dgn pelbagai aktiviti..lupa sekejap pada lelahnya mendidik mereka.

Menjadi pendidik di zaman ini memang satu cabaran besar buat para pendidik lebih-lebih lagi menjadi guru agama.Minat mereka terhadap agama perlu ditanamkan.Hati saya begitu bersyukur apabila mereka yg suci bersih dapat mengikut apa yg diajar,seronok tak terhingga.Namun,apabila tahap kenakalan mereka sukar dikawal,hati berasa geram juga.Kata sahabat saya 'Marah biarlah niat untuk mendidik,jangan sampai ke hati'



'Wah!Minggu ni jadual saya padat juga"

Bilik gerakan saya masih belum di hias secantiknya..boss pun dah tanya..alamak,malu juga saya dibuatnya.nak buat macamana...pejabat saya setengah jam dari rumah.tapi bila dah tinggal di tempat baru ni,segalanya dah mudah..



Tapi yang seronoknya program tanggal hujung minggu ni, saya boleh release hobi saya setelah 5hari bertungkus-lumus dgn kerja formal...


Berjumpa dgn sahabat-sahabat seperjuangan dalam medan dakwah ni sememangnya menyeronokkan,bayangkan wajah-wajah keikhlasan mereka yg membuatkan saya berasa sangat bertuah mengenali mereka.
Semoga ikatan saya dan mereka sentiasa berkekalan.




08 March 2009 Tags: 0 comments

::diari::









12 February 2009 Tags: 0 comments

::It's my new experience::

8hb Februari 2009 saya dan deligasi Nisa' Kawasan Maran turun ke Felda Sungai Nerek dengan misi asal kami untuk memberi penerangan mengenai Nisa' sekaligus mencari ahli yang ingin menyertai kami.Perjalanan kami ini kami namakan 'roadshow Nisa' Maran'.

Asal kedatangan kami ke sana adalah jemputan daripada pihak Felda Sungai Nerek untuk bersua muka dengan penduduk di sana sekaligus mengadakan sedikit muzakarah.Saya dan 3 sahabat termasuk kak sakinah selaku Ketua Nisa' bergegas ke sana seawal 2petang dengan sangkaan kami akan bertemu dengan golongan muda di sana.Saya selaku yang akan menjadi juru cakap pada majlis tersebut bersedia dengan slide yang saya sediakan.

Sesampai kami di tempat kejadian,kami di sambut oleh Pemuda di sana.Kami di bawa ke tempat program.Saya agak terperanjat kerana sangkaan saya agak meleset kerana yang hadir majoriti adalah di kalangan golongan veteran.Saya yang ditugaskan sebagai juru cakap hari itu memang berura-ura apa yg perlu saya sampaikan.

Akhirnya saya cekalkan diri hari itu mencuba...jadilah saya penceramah tanpa tauliah :D
Bukan pengalaman saya itu yang saya ingin highlight di sini, tetapi reaaliti yang berlaku sekarang.
Saya anggarkan andai hari itu saya datang dengan sebuah konsert sudah tentu golongan muda yang saya harapkan akan bersama-sama saya.Namun...itulah sebaliknya...

02 February 2009 Tags: 0 comments

::monolog hati saya::

Esok saya akan memulakan tugas baru, sebagai muallimah di SK Tanjung Batu Temerloh. Sepanjang tempoh bermulanya tahun 2009, telah pelbagai perkara yang telah saya lalui (macam cerita akhir tahun pulak:)

Walaupun kadang-kala perkara tersebut tidaklah gempar untuk diceritakan,namun segalanya telah meninggalkan kenangan manis dan pahit buat saya.Malah ianya telah menjadi pengalaman dan peristiwa untuk saya ambil pengajaran dan tauladan...

Yang pasti kehidupan hari esok belum tentu menjanjikan kenangan manis buat saya. Namun sebagai hamba Allah saya tetap perlu melaluinya dengan semangat, ketabahan dan kecekalan.

Sebagai pejuang, saya bertekad agar esok saya mesti melakukan perkara terbaik untuk Islam yang saya cintai.

Biarpun semalam telah meninggalkan saya, yang pasti semangat semalam perlu saya teruskan demi sebuah perjuangan suci.

thick face black heart...hidup mulia mati syahid

05 January 2009 Tags: 0 comments

::Peduli::

Lepas maghrib tadi,alhamdulillah saya sempat menjenguk adik-adik di SMAC yang baru sahaja pulang dari bercuti sekolah yang agak panjang iaitu kira-kira sebulan lebih.Sudah agak lama saya tidak bersua muka dengan mereka.Melihat wajah-wajah ceria mereka hati saya berdoa semoga mereka terus terdidik dalam biah Islamiah dan terus menjadi srikandi-srikandi pejuang Islam.Itulah harapan saya pada mereka.

Saya sempat memberikan sedikit tazkirah serta mengingatkan perihal tanggungjawab terhadap semua.
Walaupun saya sudah agak lama meninggalkan bangku sekolah agama tersebut,namun hati saya tetap terikat pada semua yg ada di sana lebih-lebih lagi adik-adik yang saya tinggalkan.Harapan saya agar mereka turut menjadi seorang yang peduli pada kesakitan ummah kini dan memikirkan hakikat Islam yang kian tertindas.

Bercerita mengenai sikap peduli,saya amat berharap agar kita semakin peduli pada keadaan Umat Islam di luar sana terutama di Gaza yang sedang bergelut dengan peperangan bagi melawan Israel laknatullah...

Berdoalah dengan membaca Qunut Nazilah pada setiap waktu kerana itulah sekecil-kecil sumbangan tanda peduli yang mampu kita lakukan.

Saya terfikir sendiri,Bagaimanakah keadaan kaum muslimin di Malaysia? Adakah mereka sedang mendoakan umat Islam di Gaza dan seluruh Palestin? Sekurang-kurangnya adakah mereka mengambil tahu tentang serangan terbaru ini?..

Ya Allah! Ampunkanlah kelemahan kami, berikanlah kesedaran kepada kami dan bangkitkanlah orang-orang yang akan berjihad dari kalangan kami. Amin.

04 January 2009 Tags: 0 comments

::ALLAHUMMAN SURIL ISLAMA WAL MUSLIMIN::












Assalamualaikum.
Sahabat-sahabat sekalian.

Tentunya kita sedang hangat memperkatakan dan memerhati apa yang sedang menimpa saudara-saudara seagama kita di semananjung Gaza,Palestin.
Semoga doa dari kita menjadi senjata ampuh buat pejuang-pejuang Briged Al-Qassam dalam menghadapi pertempuran yang sedang dan bakal berlangsung. di sini , saya ingin mengajak kita untuk merenung sikap KETIDAK PEDULIAN pemimpin-pemimpin dunia terutamanya negara Islam melalui tulisan Pengarah Dept of Malaysia Study,Cairo U,Assoc Prof Hassan Basri.semoga tulisannya menjadi renungan kita bersama.

Salam Sejahtara semua,Mngkin sebahagian kita merasakan apa yang berlaku di Gaza skrg adalah TIDAK kena mengena dengan kita. Saya ingin megambil kesempatan di sini utk berkongsi sdikit dengan staf akademik UM yang dianugerahkan Tuhan dengan akal yang bijak.Apa yang berlaku di Gaza dari perspektif rakyat biasa adalah hanya keluhan, rasa geram, marah, benci yang meluap-luap terhadap kekejaman Israel yang sememangnya bangsa yang dimurkai Tuhan.

Tidak ada yang lebih dari mengadakan perhimpunan, demonstrasi, menyatakan kemarahan mereka. Itulah kemuncak yang kita boleh buat sebagai rakyat.Namun dari segi pemerintah, ia adalah menjadi tanggungjawab kerajaan di DUNIA ini melakukan sesuatu untuk menghentikan kejahatan Israel ini kerana dari segi tuntutan mahkamah dunia pun, apa yang dibuat oleh Israel sekarang adalah menyalahi undang-undang antarabangsa dan memang ada peruntukan untuk mengheret Israel ke mahkamah di Hague, Holland.

Masuk hari ini, hari kedua, Israel telah membunuh lebih 200 orangPalestinians dan mencederakan lebih 800 orang sebahagiannya kritikal dan cedera parah, 21% adalah kanak-kanan dan 14% adalah wanita.Apakah tindakan dan reaksi pemerintah dunia Arab dan dunia?

Mesir mengecam tindakan Israel, dan membuka laluan Rafah untukmembawa mereka yang cedera ke mesir sedangkan sebelum ini menutup laluan tersebut kepada rakyat Palstine yang kebuluran, tiada makanan dan ubat, dan sehari sebelum serangan Israel, Menteri Luar Israel,Lifni berganding tangan dengan Menteri Luar Mesir, Abul Ghaiz!!

Raja Jordan mengecam serangan Israel dan mengatakan keadaan di Palestine tidak akan aman dengan serangan tersebut dan Jordan adalah negara yang berdamai dengan Israel, membuka kedutaan Jordan di Israel dan sebaliknya dan bersekongkol dengan Israel untuk menghancurkan HAMAS Qatar, Yamen, Liga Arab, Lubnan, Jordan dan kira-kira belasan lagi negara Arab menyeru untuk diadakan Sidang Kemuncak Tergempar.
Untuk apa?
Untuk mengutuk serangan Israel, TIDAK lebih dari mengutuk,kemudian balik tidur di bilik-bilik penginapan hotel mewah, menaiki kapal terbang mewah dan menyedari darah rakyat Palestine terus tumpah di hadapan mata mereka!!

Hanya Syria yang mengatakan kalau sekadar nak buat sidang tergempar hanya untuk mengutuk TAK payah buatlah sidang tersebut. Libya juga mengatakan dalam nada yang sama, tetapi kedua-dua negara ini juga TIDAK buat apa-apa juga sebenarnya.

Saudi Arabia yang menjadi Big Brothers kepada semua negara Arab TIDAK mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga tulisan ini, mungkin kerana sibuk dengan sidang negara Teluk di Oman dari 29-30 Desember.
Sebenarnya bukan kerana faktor tersebut, tapi Saudi memang sudah diikat kakinya oleh Amerika.

Turki juga mengeluarkan kenyataan bahawa serangan Israel akan menghalang usaha damai yang ditaja oleh Turki. Tidak ada usaha ketenteraan dari pihak Turki, sedangkan apabila Kurdish menyerang sempadan wilayahnya, mereka memburu pejuang kurdish hingga ke wilayah Iraq (menceroboh kawasan negara jiran!!).
Di mana solidariti Turki sebagai negara yang kononnya mahu menaikkan imejnya sebagai negaraIslam.

Presiden Palestine Abbas atau nama gelarannya Abu Mazin, mengeluarkan kenyataan yang tidak menampakkan kesedihan beliau atas apa yangberlaku. Beliau sekadar mengatakan tindakan Israel itu akanmenghalang plan damai tajaan Amerika.

Inilah boneka yang Tidak menyembunyikan kebonekaannya kepada Israel dan Amerika. Pembelot negara Palestine yang dijulang oleh Amerika dan Barat dan sebahagian negara Islam yang bebal.Kesatuan Eropah menyelar tindakan Israel dan meminta Israel mengehentikan tindakannya tanpa sebarang ugutan tegas untukmenggunakan kekuatan tentera seperti yang mereka lakukan ke atas Bosnia, Iraq, Afghanistan dan lain-lain lagi. Kenyataan tersebut hanya untuk melunakkan telinga mereka yang leka, lalu menyangka EEUmenentang tindakan Israel tersebut.

Rusia menyelar tindakan Israel dan menyeru Israel memberhentikan segera serangan tersebut. Arahan hanya dengan air liur. Dan lebih memeranjatkan juga Rusia meminta HAMAS juga menghentikan serangannyake atas Israel yang sehingga kini telah membunuh seorang penghuni HARAM Israel dan mencederkaan 4 orang lagi penguni HARAM (yangmerampas tanah rakyat Palestine). Arahan Rusia kepada HAMAS seolah-olah HAMAS menyerang Israel, sedangkan HAMAS hanya mempatahankan diri mereka.

Amerika mengingatkan Israel supaya TIDAK menyerang kawasan orang awam. Itulah peringatan Amerika kepada Israel. Amerika dengan jelas mengatakan ia menyokong serangan tersebut kerana ia adalah usahau ntuk menghapuskan HAMAS, kumpulan terrorist.

Percayalah cendikiawan sekelian, kalau ada usaha untuk mengecam atau mahu mengheret Israel ke muka pengadilan Amerika akan menggunakan sekali lagi kuasa VETO di PBB.VETO Amerika sebenarnya boleh di VETO pula oleh pemegang kuasa VETO yang lain spt Rusia, Britain, dan China.

Soalnya adakah mereka akan overule VETO Amerika? Mereka TIDAK akan VETO Amerika bukan kerana mereka takut pada Amerika, tetapi mereka juga bersekongkol dengan Amerika kerana mereka mahu melihat HAMAS hancur, dan mereka tidak merasa dukacita apabila rakyat Palestine bermandi darah.

Semasa saya menulis ini, saya terus mengikuti berita yang disiarkan oleh al-Jazeerah, darah rakyat Palestine terus tumpah di tangan durjana Israel. Hanya yang menguatkan semangat saya apabila menatapi keberanian pejuang-pejuang HAMAS, Jihad Islami, jihad QASSAM, sayap bersenjata HAMAS yang muncul di channel aljazeerah menyatakan mereka tidak akan undur walau selangkah dan mereka sanggup shahid demi mempertahankan tanah air mereka. Memang mereka akan berhadapan dengan maut kerana mereka hanya ada roket buatan sendiri, mereka hanya ada batu, sedangkan Israel mempunyai segala kelengkapan.Tidak cukup dengan itu, seperti yang saya katakan di atas, mereka dikhianati bangsa yang seugama dengan mereka sendiri seperti Kerajaan Palestine boneka Amerika, Jordan, dan Mesir yang berpakat dengan Amerika atau sekurang-kurangnya TUNDUK kepada kehendak Amerika dan Israel.

Who cares?
Itulah nasib yang mereka terima? Kita adalah rakyat biasa sahaja. apa yang boleh kita buat, kita tidak boleh buat apa-apa. Cuma satu sahaja, kalau perasaan kita tidak tersentuh dengan kesangsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestine, samada mereka itu Islam atau Kristian, maka apakah agaknya yang akan kita jawab di hadapan Tuhan apabila kita disoal nanti.

Bagi orang Islam, apakah agaknya yang akan kita jawab apabila kita ditanya:
benarkah kamu kasih kepada saudaramu,apabila ia sakit kamu juga merasa sakit seperti yang disabdakan oleh Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Benarlah kata-kata seorang ulama di Lubnan, Shekh Fathi Yakan,apabila roh jihad hilang dari jiwa kita, kita akan takut mati, dan kita akan menjadi orang yang sayangkan dunia, maka ketika itulah Yahudi akan bangkit.

Semuga kita semua, walau apapun ugama kita, sama-sama mendoakan agar umat Palestine diberikan kekuatan berhadapan dengan Israel durjana ini. Jgn kita mudah mempercayai apa yang ditulis oleh media Barat atau sebaran berita spt CNN kerana mereka adalah tali barut Amerika.

Assoc Professor Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
DirectorDepartment of Malaysian Studies University of Malaya@Cairo University
)

.

.