Ahad yang sepi...saya bertafakur lagi, menyepikan diri di rumah dan meng 'off' kegiatan luar saya. Mungkin ada yang bising dengan keadaan saya yang begini, namun saya terpaksa. Badan saya perlukan rawatan yg lebih, rehat yang cukup...kini fatrah badan saya yang sedikit sakit, saya tidak tahu asbab dan musababnya... sedikit kerja di rumah cukup membuatkan saya tidak dapat lena malam, bangun pagi badan tetap tidak bertenaga...
Ya Allah ku pohon agar sentiasa di beri kesihatan untuk terus mengabdi diri kepadamu.
Semalam, hari lahir kakak kesayangan saya Kak Suniza :)..kakak yang saya kenali sejak di Darul Quran lagi, kira-kira dan hitung lama gak tu..dah 11 tahun...terus sampai ke Mesir dan kami terus rapat..Maka, dihari lahirnya saya sekadar menyampaikan ucapan di FB juga msg di hp...belum sempat mengadakan sambutan hari lahirnya walaupun beberapa kali kak su ajak keluar...
"Maaf ye Kak Sue, koi tak sempat nak nak bt celebrate besday ksu lagi..bila-bila keadaan mengizinkan, kita pergi k..walaupun tiada hadiah istimewa dari koi utk kak su, namun kak su percayalah di hati ini koi terlalu menyayangi kak su... "
Di ruangan ini ku dedikasikan ucapan buat kak su...
Selamat Hari Lahir buat Kak Su yang ke.....(dirahsiakan hehe) Semoga dengan bertambahnya usia, maka berkuranglah sehari kehidupan kita di dunia, maka perlulah kita menambah amal dan ketakwaan. Semoga hidupmu sentiasa disinari rahmat Allah, dibawah payung keredhaannya, dimurahkan rezeki dan jodohmu..Semoga ikatan ukhuwwah kita sampai ke syurga..ameeen
Assalamualaikum...alhamdulillah wa syukru lillah...
Terasa banyak ruang santai yang Allah anugerahkan untuk saya...kekadang saya terleka juga dengan banyaknya ruang ini.Masyaallah...Namun, alangkah indahnya andai saya gunakan ruang santai ini untuk berfikir dan mentadabbur...maka, ruang santai itu akan dapat digunakan sebaiknya.
Hari ini kami menerima orang no 1 yang baru..pertukaran bos-bos 4 penjuru melibatkan bos saya juga...maka, kami menerima kedatangannya dengan penuh takzim...Alhamdulillah, ketua yang berbeza dengan watak dan idea yang berbeza. Sudah tentu semuanya untuk pembaikan ke arah kecemrlangan anak didik sekelian.
Teringat bos lama yang banyak memberikan saya inspirasi..selalu mengingatkan para pendidik tentang tanggung jawab dan amanah ini...tugas pendidik memberikan sebanyak mungkin pengalaman kepada anak didiknya..mengajar dengan penuh hikmah juga sebagai murabbi yang memanusiakan manusia...saya selalu terngiang-ngiang ayat ini..menjadi kenangan yang amat mahal harganya :)
Saya sentiasa memikirkan bagaimanakah cara yang sebaiknya mendidik mereka dengan begitu berkesan? berkesan dalam erti kata yang sebenar, jiwa dan rohani mereka terkesan dengan nasihat dan kata-kata saya...kerana masih ramai anak didik saya yang masih terlalu banyak yang perlu dibentuk dengan acuan Islam sebenar...apatah lagi dalam pelajaran, kekadang dipandang remeh...apabila kelas tertentu saya rasakan penyampaian saya gagal, maka saya akan ubah strategi yang dirasakan sesuai ...namun, kekadang masih juga gagal.
Perasaan kecewa tetap ada.Saya memotivasikan diri agar tidak cepat mengalah, kerana Allah tidak akan menilai adakah sesuatu itu berjaya atau tidak, tetapi yang dipersoalkan adakah kita melaksanakannya atau tidak.
Yang pasti, saya perlu berasa seronok dan sememangnya seronok bersama meraka..kerana merekalah aset besar untuk agama..melihat telatah dan perangai mereka, hati saya terhibur..
Semoga kalian menjadi insan pembela agama, anak didikku..
Diharapkan tulisan saya ada sedikit manfaat bersama :)
PAS Pahang merakamkan ucapan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik di Pahang, khasnya dan di seluruh negara amnya.
Pendidik ulung ialah ibu bapa kerana merekalah yang pertama memberi suluhan cahaya kepada anak-anak untuk mengenali dunia mereka dan mereka jugalah insan yang pertama mengajar setiap perkara.
Lantaran itu, peranan ibu bapa sebagai pendidik ulung mesti diteruskan dengan menanam aqidah kepada anak-anak, selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:
"Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah suci murni (Islam), maka ibu bapanya menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
Guru merupakan gantian ibu bapa di sekolah yang mengajar murid tanpa jemu dan penat, dengan kekuatan semangat untuk melihat anak muridnya berjaya dan sangat menginginkan muridnya menjadi lebih tinggi dari gurunya.
Atas sebab itu, Islam sangat memberi ingatan kepada murid agar sentiasa menghormati dan memuliakan gurunya.
Saya masih ingat sewaktu kecil sehingga dewasa, ibu sering kali berpesan "jangan sesekali kamu menyakiti hati guru kamu, kamu tidak akan berkat sepanjang hidup kamu".
Berbekalkan pesanan ini, ingatlah sekalian bahawa yang penting bagi ilmu itu ialah berkat ilmu, yang mampu menyuluh cahaya dalam perjalanan hidup ini.
Kepada para guru, jadilah anda seorang pendidik yang beramanah dengan ilmu kerana guru yang amanah dan ikhlas sama seperti mata air yang mengalir - air yang bersih dan jernih untuk diminum oleh semua.
Beringat-ingatlah bahawa guru yang khianat dan tidak ikhlas dalam kerjayanya adalah sama seperti mata air yang mengalirkan air yang keruh, lalu keruhlah air itu sampai di kuala.
Kem Bistari Solat siri pertama 2011 ini dijalankan pada 16 April 2011 di SK Tanjung Batu, Temerloh. Kem ini bermula pada jam 7.30 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Peserta yang terlibat dalam kem ini ialah murid-murid yang beragama Islam tahun 1, 2 dan 3. Jumlah keseluruhan peserta yang menyertai kem ini alah 108 orang iaitu murid tahun 1 seramai 22 orang, tahun 2 seramai 39 orang manakala tahun 3 seramai 47 orang. Tempat-tempat yang digunakan untuk program ini ialah disekitar kawasan sekolah, antaranya surau, kelas-kelas, dewan terbuka dan kantin. Kehadiran amat memberangsangkan iaitu seramai 84 orang dan seramai 24 orang yang tidak hadir (4 orang tahun 1,8 orang tahun 2 dan 12 orang.
Setelah sesi pendaftaran dan taklimat dijalankan, peserta membuat senaman ringkas di bawah pimpinan semua fasilitator diketuai oleh Ustazah Saholyatul Akma Binti Jusoh. Selesai beriadah, murid-murid diberikan sarapan pagi seketul roti dan air milo. Setelah itu,barulah murid-murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut tahun.Seramai 13 orang fasilitator dilantik dikalangan guru-guru SK Tanjung Batu yang terdiri daripada 2 orang guru Pendidikan Islam ,3 orang guru jqaf dan 8 orang guru matapelajaran. Setiap fasilitator dibekalkan buku sebagai rujukan . Setelah selesai minum pagi, murid-murid mengikut fasilitator masing-masing ke tempat yang ditentukan.
Kem Bistari Solat 1 / 2011 ini merupakan pendedahan kepada murid-murid tahun 1 mengenai cara-cara berwudhu, solat dan perkara-perkara yang berkaitan keduanya.Bagi tahun 2 dan 3, kem ini merupakan pengukuhan bagi memantapkan lagi mutu solat yang telah diajari sebelum-sebelum ini.
Aktiviti dijalankan secara latihan di dalam kumpulan (LDK) masing-masing. LDK 1 berkaitan dengan wudhu’ amali juga praktikal.Para peserta dilatih tubi oleh fasilitator masing-masing.
Pada jam 10.00 pagi semua berhenti rehat dan disambung semula setengah jam kemudian untuk LDK yang kedua.
LDK kedua pula berkaitan solat dan bacaan-bacaan di dalam solat.Peserta diterangkan dengan rukun solat,sunat di dalam solat juga perkara-perkara yang membatalkan solat.Selain itu juga peserta di kehendaki menghafal lafaz niat solat, dan bacaan-bacaan di dalam solat.
Pada jam 11.30 tengahari, semua peserta dikumpulkan di dewan terbuka SKTB untuk majlis penutup. Sebelum program ditutup, kuiz diadakan bagi menguji bacaan murid-murid berkaitan solat dan wudhu.Hadiah disediakan bagi peserta yang Berjaya menjawab soalan kuiz.
Majlis diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Kem Bistari Solat, Ustaz Rodzi Bin Mat Gial seterusnya penyampaian cenderahati kepada semua fasilitator.Majlis bersurai dengan salam wida’ semua peserta dengan fasilatator.
Secara keseluruhannya, program KBS 1 /2011 berjaya dilaksanakan walaupun terdapat sedikit masalah yang berlaku semasa program. Peserta menunjukkan minat yang mendalam dan respon positif telah diberikan sepanjang program dijalankan.
Kebanyakan peserta kem ini telah mendapat pendedahan awal berkaitan wudhu dan solat I rumah masing-masing.Namun masih terdapat banyak kelemahan dari segi penghayatan mereka terhadap kesempurnaan wudhu dan solat.
Kem seperti ini akan diteruskan di SK Tanjung Batu pada masa-masa akan datang terutama kepada murid-murid tahap satu bagi memberi pendedahan awal terhadap kewajiban perintah Allah yang besar ini.
PENUTUP
Kesimpulannya, Kem Bistari Solat 1 /2011 ini telah dijayakan dengan baik.Semoga Kem Bistari Solat seperti ini dapat diteruskan dengan aktiviti yang lebih menarik dan efektif. Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru Besar SK Tanjung Batu, En Yusof Bin Mohamad, guru-guru Penolong Kanan, Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru-guru Pendidikan Islam, fasilitator yang terlibat sepanjang Kem Bistari Solat diadakan juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Perlaksana serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam menjayakan Kem Bistari Solat 1 /2011 .Jazakallah Khairan Kathira.
Dedikasi buat ibuku Zainab zakaria...Selamat Hari Ibu...sayang emak selalu :)
Ibuku sewaktu kecilku, selesa aku di dalam dakapanmu Ku diasuh penuh kasih sayangmu Hari-hari yang dilalui aku tersenyum dalam belaianmu
Ibuku sewaktu remajaku kau didikku dengan asuhan agama tak lekang dibibirmu menasihatiku teguranmu ibarat azimat buatku namun kekadang aku teralpa dengan dunia marahmu menjadi madu buatku
ibuku semasa aku berjauhan denganmu hanya kekadang suaramu menyanyi merdu pengubat rindu yg membara dihatiku saat anakmu ini di dalam duka kata-katamu membangkit motivasiku
Ibuku kini aku kembali kepangkuanmu suaramu masih tetap seperti dahulu hanya cuma nadanya sedikit berbeza kerana kau sudah tidak seperti dahulu
Doaku padamu ibuku agar dikau sentiasa dalam sejahtera agar esok aku masih dapat mendengar merdu suaramu
Ya Allah ya tuhanku, Ku mohon padamu agar diampunkan segala dosaku juga dosa ibu dan bapaku semoga aku terus dapat berbakti dengan sebaiknya kepada mereka Ya Allah, rahmatilah mereka seperti mana mereka melayaniku sejak kecilku..ameen
Salam Hari Pekerja dari saya untuk semua pelawat sini...
Badan masih kepenatan dan mata juga sudah dilanda kantuk...namun hati saya tetap tidak mahu melepaskan tarikh 1 Mei...semata untuk mengucapkan Selamat hari pekerja buat semua pekerja.Pekerja yang bertanggungjawab terhadap pekerjaannya, pekerja yang bersungguh menghadapi amanahnya juga pekerja yang sentiasa komited dengan apa yang dipikulnya
..lumrah kebiasaan orang kita,bila sampai hari pekerja sudah tentu cuti yang dinanti.Namun, adakah ada kerehatan untuk kerja-kerja Islam? Sila jawab sendiri ye :)
Bersempena dengan hari pekerja ini, suka saya berkongsi sedikit motivasi yang singgah diminda saya pada hari ini ...
Selalunya kita bekerja mengharapkan sesuatu sebagai ganjaran...kalau tidak, sudah tentu sambil lewa kita melaksanakannya.
"Yalah, zaman kini zaman duit,zaman kebendaan la ustazah, kalau kerja free, nak makan apa?"
Erm..betullah tu..namun, duit dan harta bukan segalanya.....setiap hari pergi bekerja, sampai masa pulang dan berehat..hari cuti pula masa untuk melancong...bilakah masa pula bekerja untuk ummah dan Islam? Sedangkan setiap dari kita adalah pemimpin pada yang lainnya..
Ingatkah kita pada firman Allah yang mengatakan yang setiap kita juga adalah khalifah? Yang perlu sedaya upaya melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran di bumi Allah ini.
Pernahkah kita bermuhasabah, adakah hati kita ini benar-bvenar kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah yang utama? Apa buktinya?
Gambar hiasan..sumbangan pak cik google :)
Rasulullah s.a.w juga pekerja...pekerja melaksanakan amanah Allah dengan sesungguhnya.Kerjanya hanyalah meletakkan tauhidullah pada tempat yang utama...pernah Rasulullah ditawar dengan harta, wang malah wanita semata-mata disuruh meninggalkan ajaran Allah..namun zuhud pada dunia yang dipilih baginda..subhanallah..
Cuma ada satu resepi yang paling indah dan mujarab buat pekerja agama Allah untuk mencapai kemenangan di dalam menyampaikan Islam...iaitu kita kena kembali kepada Allah dalam setiap apa yang dilakukan..senjata paling ampuh bagi pekerja agama Allah ialah doa..usahlah berputus asa untuk berdoa dan bermunajat dengan setulus hati, semoga apa yang kita kerjakan akan berhasil jua suatu hari nanti...biiznillah
"Ya ALLAH, segala pemberian-Mu yang kusayangi, jadikan ia kekuatan untukku mencintai-Mu. .segala yang Kau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat kusayangi, jadikan ia ruang untuk CINTA-MU dalam diriku.."
Followers
::Baba Aufa::
Ya Allah!Engkau ampunkan dosa-dosa suamiku Muhamad Fauzi Azizan..Engkau rahmatilah beliau Ya Allah..Engkau tempatkanlah beliau bersama para nabi,para syuhada' dan solihin..dan Engkau satukanlah daku dan suamiku Muhamad Fauzi di syurga nnt Ya Allah kerana kami telah bersama b'juang utk menegakkan kalimah-MU ya Allah"..