26 December 2012
17 December 2012
Kem Cuti Sekolah 2012
Alhamdulillah, akhirnya 15hb Dis 2012 tamat sudah kem yg berlangsung selama 3 minggu di Masjid Kg Awah.Majlis graduasi kem diserikan dengan motivasi oleh Imam Muda Nuri cukup meriah.
Program anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia cawangan Pahang dan Masjid At Taqwa ni meninggalkan impak juga kepadaku selaku fasi..
Harapnya ianya meninggalkan impak juga kepada para peserta yang ramai melebihi 100 orang itu.
Semoga kem seumpama ini akan berterusan di masa-masa akan datang.
13 November 2012
03 November 2012
Maryam Jameelah
HILANGNYA TOKOH SERIKANDI
Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau tetapi beliau amat dikenali bagi pergerakan Islam sedunia. Beliau adalah seorang Yahudi Amerika sebelum Allah s.w.t. membuka pintu hatinya kepada Islam dan beliau mengabdikan dirinya pada Islam sehinggalah...
BIOGRAFI HIDUPNYA
Maryam Jameela adalah seorang wanita hebat yang menemui cahaya kebenaran selepas mengharungi perjuangan yang besar dan selepas memeluk Islam dia mengabdikan hidupnya dalam memperjuangkan ad-Deen. Terlalu banyak jasa al-marhumah dalam menyebarkan dakwah Islam sebagai agama yang praktikal untuk seluruh umat manusia.
Salah satu hal yang patut dikagumi dari tulisan-tulisan serta pemikiran Maryam Jameela, adalah keyakinannya terhadap agama Islam yang dinilainya sebagai agama terbaik. Islam merupakan agama yang unggul dan satu-satunya jalan untuk menuju kehidupan lebih baik, baik di dunia mahupun akhirat. Melalui karyanya, Maryam ingin menyebarkan keyakinannya itu kepada segenap umat Muslim di seluruh dunia. Harapannya adalah agar umat Islam semakin percaya diri untuk dapat mendayagunakan keunggulan-keunggulan agama Islam tersebut demi meraih kejayaan di Pelbagai bidang kehidupan.
PEJUANG SERIKANDI
Sejarah tidak pernah gagal merakamkan bagaimana penentang-penentang agama ini terdiri daripada kalangan kaum hawa.Sejarah telah membuktikan,generasi awal muslimat memainkan peranan yang sangat penting.Darah merah berkubang di Mekah dan Sumaiyyah menjadi mercu tanda sejarah dengan segunung ketabahan, Aishah sebagai serikandi ilmu dengan sehamparan ingatan yang sangat menggugah, menguasai Al-Quran dan persoalan agama hingga menjadi tempat rujukan dan gudang ilmu yang terus mengalirkan pencerahan. Ummu Nusaibah binti Kaab mengotakan janjinya dengan menjadi perisai Nabi Muhammad S.A.W di medan tempur Uhud.
Islam di sepanjang pentas zaman tidak pernah melupakan serikandi-serikandi agama yang merenjiskan haruman mawar pada prasasti syuhada. Di zaman moden ini menyaksikan Zainab Al-Ghazali, tokoh pejuang muslimat di Mesir, beliau berbaiah dengan Imam Hassan Al-Banna dan menjadi Ketua Jemaah Muslimat Mesir. Tokoh ini pernah dipenjarakan dalam tempoh yang panjang dan di seksa di dalam penjara. Namun, kebergantungan yang tinggi kepada Allah, beliau tabah menghadapinya. Antara muslimah yang menggegarkan dunia moden ini juga adalah Maryam Jameelah. Kegigihannya belajar tentang Islam sangat mengagumkan, dengan kurniaan kegeniusan, Maryam begitu banyak menulis buku berkaitan Islam sebagai cara hidup dan sejarah gerakan Islam. Oleh kerana itulah, ratusan ribu orang sedih dan merasai pemergian tatkala kehilangan sang pejuang muslimah yang gigih dan berani ini.
KESIMPULAN
Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada umat islam dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.Muslimah haruslah berperanan dalam medan amal islami yang luasnya tidak bertepi ini.
Oleh :
SITI FARIDAH AHMAD
TIMB. HEWI PMIUM
20 October 2012
Aku jua ingin ke syurga
Alhamdulillah,semalam sempat lagi Kami berkuliah...jemputan yang sangat hebat.Semoga hadirat yang hadir mendapat pencerahan dari apa yang disampaikan.
Oleh kerana Kami memerlukan dana bagi menjalankan program setiap minggu,semalam Qadhi Daerah Maran Ust Syarifuddin Bin Mohd Sa'ad selaku pemangku Qadhi Chenor turun memantau program ini.Insyaallah, Dana akan diusahakan dengan memohon peruntukan daripada Jabatan Agama Islam Pahang..
Smg program ini berkekalan hingga ke masa-masa akan datang.Ameen.
14 October 2012
BAGAIMANA MENGURUS STREES
Tidak semua tekanan boleh dielakkan, dan apatahlagi tekanan yang memerlukan untuk diselesaikan.
(a) Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan dariapda menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.
(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.
(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.
(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.
(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.
LANGKAH KEDUA [Ubah Situasi]
Sekiranya anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut, cubalah untuk mengubahnya. Hitungkan apakah perubahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan masalah ini di masa akan datang.
(a) Nyatakan dan luahkan daripada memendam perasaan – Sekiranya seseorang atau sesuatu itu memberi gangguan kepada anda, beritahu dan luahkan ia dalam keadaaan terbuka dan secara hormat. Andainya anda tidak menyuarakannya, kemarahan akan terjadi dan perkara tersebut akan berulang kembali.
(b) Sanggup berkompromi – Apabila anda meminta seseorang itu untuk mengubah tingkahlakunya, bersedialah untuk melakukan perkara yang sama.
(c) Mengurus masa dengan baik – Pengurusan masa yang lemah akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Sekiranya anda mempunyai masa yang lapang tetapi menyiapkan sesuatu tugas itu apabila masa telah menjadi sempit, ini menyukarkan anda untuk bertenang dan memberi tumpuan. Tetapi jika anda membuat perancangan yang teliti anda akan dapat mengelakkan tekanan tersebut.
LANGKAH KETIGA [ Menerima perkara yang anda tidak boleh ubah ]
Sesetengah perkara tidak mugkin dapat diubah. Anda tidak mungkin dapat mengubah atau menukar perkara yang memberi tekanan tersebut seperti kematian insan tesayang, penyakit yang serius dan sebagainya. Dalam perkara begini, cara terbaik ialah anda menerimanya dengan pemikiran terbuka. Pada permulaan memang agak sukar tetapi kelamaan anda akan biasa dengannya.
(a) Jangan cuba untuk mengawal perkara yang tidak boleh dikawal - Banyak perkara di dalam dunia ini diluar kawalan kita terutama sekali tabiat dan tingkahlaku manusia. Daripada anda tertekan dengan mereka, adalah lebih baik anda tumpu kepada perkara yang anda boleh kawal seperti anda memilih cara untuk bertindak dalam mengatasi masalah.
(b) Berkongsi perasaan anda – Berbuallah dengan sahabat yang boleh dipercayai ataupun membuat temujanji dengan pakar terapi. Luahkan apa yang sedang anda alami sekalipun anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut.
(c) Belajarlah untuk memaafkan – Terimalah kenyataan bahawa kehidupan ini tiada yang sempurna dan manusia selalu melakukan kesilapan. Lupakan segala kemarahan dan kekcewaan. Bebaskanlah dirimu daripada perasaan negatif dengan memaafkan.
LANGKAH KEEMPAT [ Hadapilah Tekanan ]
Sekiranya anda tidak dpat mengubah perkara atau keadaan yang memberi tekanan tersebut, ubahlah diri anda.
(a) Bingkaikan permasalahan – Cubalah untuk melihat tekanan itu dari sudut perspektif yang positif. Seperti ketika anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas, jadikanlah ianya satu peluang untuk anda bersendirian seketika, mendengar lagu kegemaran dan nikmati indahnya masa bersendiri.
(b) Perbaiki tahap anda – Kesempurnaan adalah perkara utama untuk mengelakkan tekanan. Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan sehingga menyebabkan tekanan dan seterusnya berakhir dengan kegagalan. Anggarlah tahap kemampuan anda yang sesuai untuk anda dan orang lain.
Sesungguhnya Allah tidak mendatangkan masalah tanpa jalan penyelesaiannya. Wallahua’lam.
Salam Ziarah
12 June 2012
Nukilan
Alhamdulillah, sepinya saya di alam maya ini bukan bermakna saya sepi di alam nyata. Kekangan masa dan kewajiban menyebabkan saya turut berenang mengejarnya.Alhamdulillah, Allah memberi peluang untuk saya terus menyampaikan sesuatu kepada masyarakat berbekalkan ilmu yang amat sedikit nisbahnya.Menyedari hal itu, saya perlu berbuat sesuatu untuk membaiki segala kelemahan yang disedari.
Saya sukakan situasi ini.Situasi yang akan membuatkan saya hanya berfikir mengenai semua orang, berbanding apabila bersendirian,maka akan banyak hasutan dan anasir lain yang mampu mempengaruhi emosi dan iman.Kerana itu, manusia dan kehidupan ini perlu disibukkan.Bukankah setiap masa yang dianugerahkan itu akan terbiar rugi walaupun sesaat seandainya tidak dihabiskan ke jalan yang diredhai.
Terasa juga semakin jauh dengan dunia penulisan di sini, namun saya mula menyukai dunia berkata-kata pula.Berdakwah dengan lidah amat berbeza dengan berdakwah dengan mata pena. Di khalayak ramai segala kata-kata yang terluncur dibibir segalanya akan dinilai. Kekadang amat terasa kedangkalan ilmu di dada dek soalan-soalan yang agak 'complicated'.Namun,itu bukan alasan untuk kita tidak berada di medan ini.
Teringat semasa di DQ, usai zikir dan doa maghrib dilaksanakan,maka pelajar banin akan tampil seorang demi seorang memberikan tazkirah.Kekadang diselang-seli juga dengann tazkirah daripada banat. Dalam ramai-ramai yang menyampaikan tazkirah, sudah tentu pelbagai gaya dan teknik dapat diperlihatkan.Sehinggakan tazkirah yang meminta kita tafakur 5 minit juga pernah ada. Mungkin benar niatnya untuk meminta sekelian jemaah bertafakur atau sudah kehabisan idea untuk berkata-kata. Maka selepas itu YDP PERKEMAT zaman itu tampil dengan pesanannya supaya para daie sekelian bersedia dengan soruh atau peluru berpandu setiap masa. Yang dimaksudkan ialah buah idea bagi menyampaikan tazkirah andai diminta. Benarlah, apabila masing-masing telah terjun ke masyarakat sudah tentu golongan agama ini dipandang tinggi sebagai golongan yang kaya dengan kefakehan dan kedalaman ilmu agama. Sehinggalah merasakan kita mampu melontarkan apa sahaja.Masyaallah.
Oleh itu, sama-sama kita bermuhasabah agar lebih sedaya-upaya mempertingkatkan kemampuan diri dalam terjun ke masyarakat. Sesungguhnya setiap daya usaha kita walaupun sedikit tetap akan dikira ganjaran pahala kerana bukan natijah yang akan ditanya di akhrat nanti, tetapi usaha ke arah keredhaan Allah itu.
08 April 2012
Tarikh:6 April 2012
Hari:Jumaat
Masa:3.00petang
Tempat:Masjid Jamek Chenor
Anjuran:Kerjasama Majlis Agama Islam Chenor dan Alumni SMAC
Sasaran:Remaja Muslimah sekitar Chenor.
Insyaallah program berjalan setiap minggu pada hari Jumaat jam 3.00 petang di Masjid Jamek Chenor.
04 March 2012
Apa itu Istidraj?
Di dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang manusia lebih-lebih lagi manusia muslim, Allah SWT akan menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Secara mudahnya ujian Allah SWT ke atas manusia ada dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk nikmat dan yang kedua dalam bentuk bala.
01 March 2012
Bagaimana menghilangkan marah
Assalamualaikum dan salam ziarah...
Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair : "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempatdaging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang"
23 February 2012
22.02.2012
20 February 2012
Persahabatan lebih suci
12 February 2012
Ya Allah,masukkan aku di dalam golongan yg sedikit
Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya, "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".
Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pe muda tersebut dan bertanya, "Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".
Pemuda itu menjawab, "Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".
Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih ( Surah Ibrahim ayat 7)
06 February 2012
Salam Maulidur Rasul 1433H
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
23 January 2012
alahai limau
Terbaca saya suatu cerita mengenai limau di FB tadi, seronok untuk dikongsi di sini.begini kisahnya,saya copy dan paste sahaja, selamat membaca.