28 December 2010 Tags: 1 comments

Tak pandai meluah rasa,namun hati terluka
Hendak dipinggir tapi naluri peduli
Susah duduk di tengah-tengah persimpangan
Namun diri juga yang menanggungnya...
Tiada teman pelempias rasa
Jika pun masih wujud jua, aku tetap begini
Sabarlah duhai jiwa
Susah,derita,sengsara
hanya DIA yg berhak dirintih....

26 December 2010 Tags: 0 comments

::Sanah Helwah::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya juga kita masih diberikan pelbagai nikmat terutama nikmat usia dan udara yang dihirup hari ini…Alhamdulillah kiranya usia yang dianugerahkan ini perlulah digunakan sebaiknya dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah taala.

Hari ini dihitung-hitung gelaplah setahun lagi ku telah lalui perjalanan hidup.Bagiku,ianya tahun yang penuh dengan warna-warni kehidupan ..

Awalnya tahun kedukaan bilamana abang dijemput ilahi..menyebabkan ku sedar kematian mengundang bila-bila masa.Masih teringat-ingat pesanan-pesanan abang juga hadiah terakhir pemberian abang..Namun hadiah paling bermakna dari abang tidak akan ku sia-siakan malah akan ku pelihara mengikut acuan sebenarnya, semoga menjadi Wanita Solehah anakku…Aufa Hannan.

Hadiah terakhir pemberian abang...sudah beberapa kali khatam :)

Ditengah-tengah tahun ini penuh liku dan cabaran bilamana diri mahu bangkit dari kejatuhan juga cabaran menjadi ibu juga sekaligus ayah kepada aufa…akhirnya cahaya juga hati terasa ceria bilamana hati telah benar-benar ikhlas dengan dugaan yang melanda.

Walau apapun,semakin banyak hidup dilalui bermakna semakin kuranglah kehidupan yang bakal ditempuhi. Bilamana tiba hari tahun baru, bermakna diri perlulah mempersiapkan diri untuk sebuah kehidupan, ya kehidupan selepas kematian…Namun, untuk mempersiapkan diri menuju kehidupan abadi itu perlulah digunakan segala mekanisma kehidupan yang fana ini sebagai bekalan nanti…

الدنيا مزرعة للآخره
Dunia adalah ladang ke akhirat
Walaupun akhirat maklamat utama, namun kehidupan dunia haruslah dikecapi dengan sewajarnya berbekalkan panduan yang telah diutuskan kepada hambanya…
Bersempena ulangtahun kelahiran ini ku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ayahda juga bonda yang telah membawaku ke dunia, membesarkan, mengajarkan ilmu, mendidik sehingga diriku menjadi manusia.

Sesungguhnya kalian insan teristimewa di hati ini, yang menjadi pengubat dikala terluka, yang menjadi kendi tadahan airmata ini, yang menjadi pembicara semangat ketika hati dirundum duka. Tiada tempat yang layak buat kalian ayah bonda melainkan syurga terindah di sana nanti.

Terima kasih buat semua yang mengirim sms..


Dari Salmira:Sannah helwah ma, moga hidup sentiasa dalam keberkatanNya dan dimurahkan rezeki serta tetap tabah dan sabar menghadapi hari mendatang.Sayang ma dan aufa sokmo..Jaga diri jaga Iman…dari bonda Auji :)


Dari Kak Sue:Kirimkan surat pengharapanmu ditengah keheningan malam, jadikan airmata sebagai dakwatnya, ke pipi sebagai kertasnya, kepasrahan sebagai setemnya, Arasy Ilahi sebagai alamat atau tujuan, setelah itu tunggulah jawapannya…sanah helwah ya gamilah  moga Allah sentiasa memberkati perjalanan hidup qema dan aufa..syg sgt qema..moga Allah pelihara ukhuwah kita…


Dari Umairah : Selamat Hari Lahir..semoga panjanh umur dan dimurahkan rezeki sentiasa..semoga dilimpahkan berkah ke atas mak teh…


Dari Shbt Mesir: Slmt ari raya  eh silap2..huhu hepy beday to you..hehe @>--


Dari Adik Su: Teh..Selamat Hari Lahir,semoga sihat selalu,ceria selalu,dimurahkan rezeki selalu, dan dapat jodoh yang baik..hehe..n sentiasa jadi mama yang baik pd aufa hannan..hehe..dari adikmu yg sentiasa menyayangimu…hehe

Sanah Helwah Wa Saadah buat Salmira Jamaluddin, Hartini Omar dan Kak Adibah Mat Piah...Semoga diberkati usaha dalam redhaNya...ameen

25 December 2010 Tags: 0 comments

::Catatan::

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam ziarah buat semua,semoga hari yang dilalui hari ini lebih baik dari semalam juga esok lebih baik daripada hari ini.
Alhamdulillah saya telah melalui fasa imtihan yang melayakkan saya bergelar pendidik secara formal..Syukur yang tidak terhingga akhirnya natijah yang diperolehi saya berjaya. Terasa ringan sedikit beban dibahu, walupun hakikatnya perjalanan kerjaya saya masih panjang. Semoga perjalanan selepas ini sentiasa di dalam perhatian Allah taala.
Sementara menanti surat 'posting' saya banyak menghabiskan waktu di rumah, menyelesaikan kerja-kerja berbaki, melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan. Sempat mengulang kembali hobi lama yang dikurangkan selama ini, membaca..
Alhadulillah sepanjang 3 minggu ini saya telah berjaya menghabiskan 3 buah buku genre novel dan 1 buku motivasi, dan dalam target sebelum kerjaya baru bermula, 3 buku genre bebas...semoga usaha saya berhasil :) 

Mu’adz bin Jabal r.a berkata; Belajarlah ilmu kerana;
  • belajar itu hasanat (kebaikan) dan
  • mencari ilmu itu ibadat, dan
  • mengingatinya sama dengan tasbih, dan
  • menyelidikinya sama dengan jihad, dan
  • mengajar kepada yang tidak mengetahui itu sedekah, dan
  • memberikannya kepada yang berhak(ahli) itu taqqarub(mendekatkan diri dengan Allah),
  • sebab ilmu itu jalan untuk mencapai tingkat-tingkat ke syurga. Dan
  • ia yang menjinakkan(menghibur) sewaktu bersendirian dan
  • kawan dalam pengasingan, dan
  • kawan dalam kesepian, dan
  • penunjuk jalan kesenangan,
  • penolong menghadapi kesukaran, dan
  • keindahan di tengah-tengah kawan, dan
  • senjata untuk menghadapi musuh.
  • Allah meninggikan darjat beberapa golongan dengan ilmu itu sehingga dijadikanya pimpinan yang dapat diikuti jejak mereka, ditiru perbuatan mereka,
  • Malaikat suka berkawan dengan mereka, dan mengusap-usap mereka dengan sayapnya dan didoakan oleh semua benda basah mahupun yang kering, dan ikan-ikan di laut dan semua serangga, dan binatang-bintang buas di darat dan laut dan semua ternak.
  • Sebab ilmu itu dapat menghidupkan hati dan kebodohan dan
  • pelita dari kegelapan dan
  • kekuatan dari segala kelemahan dan
  • alat untuk mencapai darjat abrar dan yang baik-baik di dunia dan di akhirat.
  • Dan memperhatikan ilmu itu menyamai puasa, sedang
  • mengingat-ingatinya menyamai bangun malam dan
  • dengan ilmu tersambung hubungan kerabat,
  • dan dikenal halal dari haram, dan
  • ilmu itu penuntun amal, sedang amal tetap menjadi pengikutnya dan
  • ilmu itu diberikan Allah kepada orang-orang yang akan bahagia dan diharamkan dari orang-orang yang celaka dan rugi.

23 December 2010 0 comments

::Semalam yg berlalu::



15 December 2010 Tags: 0 comments

::apa ada dengan hp::

Assalamualaikum warahmatullah…salam ziarah buat semua.

Terpandang anak buah saya yang berusia 5 tahun, asyik memegang hp.Walaupun tanpa simkad, tetapi macam-macam yang boleh dilakukan.Bergambar, mendengar muzik malah boleh menonton televisyen.Hebat betul budak-budak zaman sekarang juga canggih juga alat telikomunikasi hari ini.

Seingat saya,saya mula menggunakan Hp ketika saya semester 5 di DQ.Waktu itu saya banyak terlibat dengan persatuan dan menggunakannya untuk memudahkan urusan. Itupun saya lebih suka meninggalkannya di dalam bilik. Pulang dari kuliah atau balik dari mana-mana tempat barulah saya akan menjenguk sekejap hp Motorola pemberian Abang Long itu.

Apa perasaan saya ketika mula-mula memegang hp?

Sebenarnya saya memakai hp pada mulanya kerana terpaksa. Saya agak fobia kerana mentality saya waktu itu telah diracuni dengan keburukan-keburukan hp. Yelah, saya dapat lihat sahabat-sahabat saya yang sudah lama berjinak dengan hp terlalu asyik dengannya, sehinggakan tidak mampu berenggang sedikit pun…bunyi mesej yang susah untuk berhenti, panggilan yang kekadang melalaikan,bak kata orang bergayut dari tengah malam hingga ke pagi. Ya Allah!.saya tidak redha perkara itu berlaku kepada saya.

Akhirnya saya merasai bagaimana hidup dgn hp …pernah juga melalui hidup tidak sempurna tanpa hp apabila telah lama menggunakannya.Apa tidaknya, jam juga dengan hp, menggerakkan bangun tidur juga dengan hp, perjalanan jauh juga memerlukan hp sebagai penunjuk jalan…pendek kata bangun-bangun pagi terus mencari hp…aduh…

Dengan hp kekadang mampu juga memecah-belahkan ikatan persahabatan..seperti kata-kata tanpa suara..pernah saya meleraikan sahabat yg bergaduh gara-gara hp.Mesej tanpa kata,nada dan intonasi…apa sahaja mampu ditafsirkan.

Hakikatnya kini,hp mampu menggantikan segalanya..apa tidaknya…informasi dihujung jari. Internet boleh dibuka bila-bila masa…laman web porno, lucah dan sebagainya mampu di aksess sewenang-wenangnya.Chatting dan perbualan kosong amat membuang masa.Buktinya, kajian dibuat perpustakaan Negara,pada tahun 2009 rakyat Malaysia hanya membaca buku purata 2 buah buku sahaja dalam setahun. Mungkin inilah salah satu penyebabnya.

Kini, saya agak kurang berminat dengan hp, entah mengapa.Bukan ianya tidak penting bagi saya…kerja saya kekadang memerlukan saya menghubungi orang yang berwajib..mungkin persekitaran saya, atau tanggungjawab saya menyebabkan saya kurang mempedulikannya…

Walau apapun yang diperkatakan mengenai hp ini, sebenarnya kebaikan dan keburukannya tetap ada. Jika berdebat mengenainya pun, belum tentu perbincangan akan habis.Terpulanglah kepada penggunanya untuk membawanya ke jalan mana.

Buat sahabat-sahabat semua…marilah kita berazam dan bertekad untuk menggunakannya ke jalan kebaikan serta meninggalkan dosa tanpa kita sedari.Semoga amalan kita diterima dan hidup kita diberkati dan diredha Allah.Tepuk dada Tanya iman.Wallahu alam.


tinggal kenangan: hp saya yg hilang semasa konvoi raya huhu

 
p/s: Pohon kemaafan kepada sahabat yang pernah menelifon saya tidak diangkat, mesej tidak dibalas..hakikatnya begitulah…juga sahabat yang pernah ‘dilazer’ pohon kemaafan juga.Sesungguhnya diri ini tidak terlepas dari membuat salah dan dosa.





11 December 2010 Tags: 0 comments

::Salam Muharam 1432H::

“Kullu ‘am wa antum Toyyibin”

Kini tiba kembali tahun baru hijrah.Sinonim dengan tahun baru sudah tentu ramai yang memasang azam baru mahupun semangat baru.Ada yang berura-ura tahun baru inilah waktunya untuk melakukan perubahan diri.Alhamdulillah,kiranya begitulah positifnya pemikiran masyarakat Islam kita kini.Sudah tentu kedatangan tahun baru hijrah dianggap begitu penting.Apa tidaknya, kisah hijrah Nabi Muhammad sudah tentu tersorot kembali di benak masing-masing.

Mesej-mesej sahabat kepada saya sempena Maal Hijrah tahun ini saya aminkan,saya panjatkan kembali doa buat sahabat saya.

“Ya Allah, seketika diakhir tahun ini Insya Allah muncul tahun baru yang ceria.Engkau muliakanlah dan sayangilah sahabatku ini.Berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh ketakwaan”

“Semoga Allah jadikan Subuh kita cahaya, Zohor kita gembira, Asar kita bahagia, Maghrib kita keampuanan,Isyak kita keberkatan, doa kita diterima, rezeki kita diberkati serta dibukakan kepada kita pintu syurga tanpa sempadan”

Bersempena tahun baru ini juga saya memasang tekad dan azam untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya, berusaha menghindar dosa dan kemungkaran, sebaiknya melaksanakan sunnah Rasulullah.Perkenankan hasratku ini Ya Allah.

“Apabila hati insan mengalami perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain,diri insan itu juga akan berubah ,apabila seseorang individu berubah,ummah jua akan berubah,apabila engkau inginkan perubahan, maka baiki hati manusia dengan mengenalkannya kepada sifat tuhannya.

29 November 2010 Tags: 0 comments

::Selamat Pengantin Baru adikku::

Alhamdulillah...dengan berkat dan rahmat Allah jua, selamat adikku Abdul Hasibul Jalil Bin Jusoh bersama pasangannya Farah Naquiyah Abd Aziz diijab kabulkan di suatu majlis yang meriah disaksikan saudara mara kedua-dua mempelai...

Semoga mahligai yang dibina akan sentiasa di dalam sakinah, mawaddah wa rahmah...

Barakallahu lakuma wa barik alaikuma wa jamaa bainakuma fil khair...

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".









24 November 2010 Tags: 0 comments

::...cerita di bumi Bangi...::

Assalamualaikum warahmatullah....
Posting santai petang ini...sedangkan apa sahabat-sahabat saya sedang buat sekarang? Roomate saya di kampus sedang studi...:)
Studi....studi.....atau istilah lain mentelaah buku....
Dah sampai waktu kemuncak kursus saya...peperiksaan bakal tiba 1 dan 2 hb Dis nanti...beberapa hari lagi....
 Saya? :) Of course sedang menatap laptop ini...rehat la sekejap...tadi saya studi juga, tapi mata saya penat, otak juga :)

Terasa agak lama meninggalkan peperiksaan akademik ni...di sekolah saya yang menanda kertas periksa murid-murid saya...tak sukar dan susah berbanding saya yg menjawabnya...walau apapun istilah dan ayat saya, peperiksaan kali ini begitu penting dan mustahak bagi saya...juga sahabat-sahabat saya...habis dan tamatnya peperiksaan nanti,bermakna bermula episod baru dalam hidup saya...bergelar pendidik yang bertauliah la..:) namun bukan itu matlamat utama saya, ke sekolah sudah tentu tanggungjawab saya...bermakna saya akan terus dan terus mara di bidang pendidikan...seperti membaca modul Ilmu Pendidikan...seronok dan kekadang saya berkhayal di dalamnya...:) terasa sungguh seronok..

Ok, saya terpaksa menamatkan tulisan ini...posting tanpa susunan...doakan kejayaan kami semua :)

18 November 2010 Tags: 0 comments

::Slm Eiduladha::

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kehadrat ALLAH taala kerana dengan nikmat dan inayahNya dapat lagi saya mencoret sesuatu di lembaran ini, setelah sekian lama tidak menatapnya. Setulusnya bukan saya tidak merindui lembaran ini, ketidaksempatan untuk mengeksees internet menyebabkan saya diam dan sepi dari dunia maya :)..broadband merangkap handphone saya telah hilang...begitulah...setiap yang ada pasti akan tiada jua, apatah lagi manusia...(muhasabah seketika :) ..Cuma yang akan kekal hanyalah Dia Yang Maha Pencipta...

Dikesempatan Zulhijjah yang sudah melalui usia kita, saya ucapkan Salam Eiduladha...semoga pengorbanan yang kita lakukan selama ini beroleh rahmat dari Allah taala... Marilah kita sama-sama menyoroti sirah pengorbanan para Nabi dan RasulNya...semoga akan mencambah semangat pengorbanan kita terhadap Deen yang mulia ini..

Maaf Zahir dan Batin

07 September 2010 1 comments

::كل سنه وانتم طيبين::

03 September 2010 Tags: 0 comments

::Dari dunia pendidik,Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran::

Alhamdulillah, bersempena Ramadhan Mubarak guru-guru dan murid-murid sempat mengkhatamkan Al Quran 30 juzuk dalam majlis tadarus yang diadakan setiap hari di bulan ini.
Gur menyemak bacaan murid-murid.

Penuh penghayatan
Pulut Kuning sempena khatan Al Quran.
Bunga telur juga khas buat murid-murid
Majlis Khatam
Guru-guru turut mengambil bahagian
Doa, "Ya Allah, berkati kami dengan Al Quran...ameen"


Bunga telur buat GPK yang merasmikan majlis...

Semoga program seumpama ini diteruskan di masa-masa akan datang...maas salamah :)

31 August 2010 Tags: 0 comments

::Monolog::

Salam ziarah...entry malam 31 Ogos..Salam Kemerdekaan juga..dah sampai kita ke fasa akhir Ramadhan, bagaimana amalan kita?
Sebelum ini saya telah poskan entry pendek 'Ahlan Ya Ramadhan'..namun hari ini entry versi peribadi...terkenang Ramadhan tahun lalu, hati dilanda sayu..benar janji Allah, yang hidup pasti akan mati jua.
Ketika mengalunkan Surah Yasin dari kalam suciNya, hati dilanda sebak lagi..terkenang abang yang pergi tak kembali..mungkin masa dan waktu yang sama abang kemalangan, mengingatkan saya tentang itu..Andai ada yang terbaca entry ini, sedekahkan Al Fatihah buat arwah suami saya, Muhammad Fauzi Bin Azizan..semoga abang ditempatkan bersama para syuhada dan solehin di syurga...
Tarbiah Allah ini kekadang mencengkam jiwa juga..namun, saya perlu melaluinya sekalipun payah.
Seminggu yang berlalu ini saya benar-benar kepenatan...keadaan abah yang uzur juga emak yang lemah...membuatkan saya terpaksa mencergaskan diri...hanya saya di sini, bersama-sama mereka...andai saya tidak berbakti, siapa lagi? Sedangkan ketika saya kegusaran, kesedihan merekalah yang setia disisi saya...syukran Ya Allah...
Namun, sebagai manusia kekadang saya berasa tidak mampu, tarbiah ini benar-benar menguji saya. Ada kalanya air mata saya mengalir jua...kenangan itu susah sungguh untuk dilupakan..ada waktunya ianya tetap menggamit di memori...
"Ya Allah, pandulah aku agar sentiasa istiqamah dijalanMu..."

19 August 2010 Tags: 0 comments

::Diari dari dunia pendidik, KBS 3::

Ahlann wasahlan ila KBS 3 :)

Taklimat Program oleh Ustazah Akma :D

Riadah yang diketuai oleh Cikgu Zamani

Tekun masing-masing belajar...Kumpulan LDK Ustazah Radziah

Sempat berposing tu...Kumpulan LDK Ustazah Salizah

Haaa..baca betul-betul :)...Kumpulan Ustazah Fathin (Fasilitator Jemputan)

Dah penat belajar...kita rehat dulu...:)

Pose kejap :D

Ilal liqo' di KBS 4...
Maas Salamah...

16 August 2010 Tags: 0 comments

::Berubahlah::

Assalamualaikum warahmatullah...
Ramadhan Kareem diucapkan kepada semua...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua selaku hambaNya.
Dikala Ramadhan ini hati dilanda seribu macam rasa, walau apapun yang melanda kita..selaku hamba Allah semestinya 100 peratus jiwa dan jasad seharusnya diabdikan kepada pencipta.Semoga  Ramadhan ini benar-benar menimbulkan keinsafan setelah melalui pelbagai tarbiah dariNya.
Teringat cerita boss no 1 di tempat bertugas pagi tadi...dia menceritakan perihal seorang kiyai yang memberi pepatah kata kepada muridnya yang kira-kiranya berbunyi begini "Seburuk-buruk katak ialah katak puru,kerana badannya yang kurang cantik...manakala seburuk-buruk manusia ialah orang yang tidak mahu berubah bila mana tibanya bulan Ramadhan"..wah! berbisa juga kata-kata kiyai tu...andai tidak mahu berubah lagi, dah tentu mcm sama dengan katak puru tu..hi2.
Perubahan yang dimaksudkan semestilah daripada kurang baik kepada semakin baik, dan daripada biasa-biasa sahaja kepada luar biasa amalannya.
Andai sebelum-sebulum Ramadhan kita kurang bersolat sunat, maka di bulan inilah kita mula melipat gandakan solat sunat kita, untuk menampal mana-mana amalan yang berlubang tu, ibaratnya. Andai sebelum itu kita kadang-kadang saja membuka Al Quran, maka saat inilah kita berusaha menghadam kalam Allah itu, Andai sebelum ini kita bolehlah dikatakan agak lokek, maka detik ini kita pasang azam untuk bersihkan harta-harta yang mana kekadang terkabur haknya...dan pelbagai lagi amalan-amalan lain yang perlu ditambah baik..
Tetapi, penambah baikan itu semestilah disertakan dengan pengurangan karat-karat jahiliah yang masih terpalit pada diri ini. Andai sebelum itu kita kekadang terumpat manusia lain, maka dibulan inilah kita puasa betul-betul hati dari mencerca orang lain.Andai sebelum ini kita biasa saja melihat cerita-cerita drama di tv yang menonjolkan aurat wanita dan sebagainya, saat inilah kita tutup mata kita dari melihat dosa tersebut.Andai sebelum ini kita biasa saja berjalan-jalan sambil menghabiskan masa lapang, maka inilah masanya kita cuba habiskan dengan bertadarus, membaca dan beramal sebaiknya...
Subhanallah...andai semua ini mampu kita lakukan, Insyaallah Ramadhan kali ini tentulah menjadi amat bermakna..lebih-lebih lagi apabila sempat bertemu dengan lailatul Qadar.Semoga niat kita di bulan ini untuk terus melakukan perubahan, akan terus ke bulan-bulan seterusnya...

08 August 2010 Tags: 0 comments

::Diari sekitar dunia pendidik::

Majlis Selayang Kasih Seribu Kenangan (perpisahan Kak Wari ke Terengganu)

Pelajar turut meraikan

Bergambar kenangan bersama Kak Wari

Majlis Isra' Mikraj

Penceramah bersama Ustaz Rodzi

Majlis penyampaian hadiah kuiz Isra Mikraj

Kumpulan Nasyid SKTB bersama Ustazah Fidah dan Ustazah Norkiah yang melatih

03 August 2010 Tags: 0 comments

::Ahlan Ya Ramadhan::

Syaaban sudah di fasa penutup...Ramadhan bakal membuka tirai..AHLAN YA RAMADHAN...Adakah masa ini time nak pulun makan banyak-banyak sebelum tiba Ramadhan?hehe...atau time ada yang pulun ganti puasa? ermm...segalanya berkemungkinan... ;D
2010 pula sudah di fasa pertengahan...bulan Ogos sudah tiba...kata orang di Malaysia, bulan KEMERDEKAAN...
Apa yang kita mahu isi di bulan kemerdekaan ini?  adakah kita sudah merdeka??

Tak perlulah saya jawab....Tepuk dada tanya iman?

::Tahniah DMPM::

Hampir RM9,000 Dikumpulkan Untuk Tabung DMP Maran
Selasa, 03 Ogos 2010 15:01
Dewan Muslimat Pas (DMP) Kawasan Maran telah menganjurkan Hi-Tea Amal yang berlansung pada 31 Jul 2010 yang lepas dan berjaya menjual hampir 300 keping tiket yang bernilai RM 30 sekeping.
Jamuan Amal ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung pelbagai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh DMP. Dengan sumber kewangan yang mencukupi, DMP mampu turun ke akar umbi bagi membantu dan mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat Maran.


Ustazah Azizah Khatib Mat yang merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Maran menyarankan agar semua muslimat melipatgandakan usaha dan pengorbanan untuk membantu Pas dalam menjaga kebajikan dan menyelesaikan masalah masyarakat setempat tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.

MaranDaily mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pimpinan DMP dan sesiapa sahaja yang terlibat samada secara lansung atau sebalik tabir dalam menjayakan Jamuan Amal tersebut. Semoga DMP Maran mampu mengoyangkan kedudukan Wanita UMNO yang semakin tidak diterima oleh masyarakat sekeliling sekarang.

17 July 2010 Tags: 3 comments

::Ya Allah...::

Salam ziarah kembali...semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita...
2,3 hari ini pelbagai event datang kepada saya, bisalah tugas luar saya yang saya sayangi, kerja amal tanpa gaji...cuma mengharapkan ganjaran Allah dan redhaNya.Saya menyukainya dan saya puas denganNya..sms bertalu-talu datang pada saya..banyak juga sampaikan ada yang sampai bertindih jadualnya...
Namun, kesedihan menyelubungi saya...sejak akhir-akhir ini saya terpaksa beralasan untuk tidak menghadirinya, sedangkan itu tanggungjawab saya...

Kenapa begini, duhai hati besi?
Saya benar-benar tidak mampu....
Ku catat di sini bukan untuk mengharap simpati mahupun minta difahami...cuma mencoret buat muhasabah diri dan hati ini.

Sejak seminggu lepas kudrat saya begitu terbatas..pantang ada masa kosong saya pasti melelapkan mata, mohon kerehatan...kepala saya begitu 'syaghal'.Seolah padat dengan sesuatu...alhamdulillah kerja saya mampu laksanakan dalam kepayahan, namun sampai juga ke destinasi.Semalam saya hampir pitam di dalam bilik air, namun saya cepat duduk dan cuba melelapkan mata lagi..
Adakah itu sesuatu yang lumrah dan biasa???

Sesungguhnya saya memang tidak layak mencurah segala dugaan di bahu manusia lain...yang paling memahami hati saya ialah Allah yang Khaliq. Namun, kekadang kantung mata tetap penuh tanpa siapa yg menyekanya..."Ya Allah, ku pohon kekekuatan dariMu.."

Kerana itu Imam al Ghazali meletakkan 10 sifat fardhu muslim dan salah satunya aqlu salim wa jismi salim..keperluan pendakwah menjaga akal dan anggota badan yang sihat...
adakah aku gagal untuk memelihara diri sendiri??
"Ya Allah........"

14 July 2010 Tags: 1 comments

::Salam Syaaban::

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam ziarah buat semua blogger yg saja singgah sini atau tersinggah ..lama hati besi tidak menulis,bulan ini memang masa begitu mencemburui saya, dengan taklifan yang begitu banyak terasa masa 24 jam tidak cukup untuk menyelesaikan semua...namun, itulah masa yang Allah anugerahkan.Semestinya masa yang ada ini sudah memadai dengan fitrah manusia...cukup untuk taklifan, utk kerja, untuk beribadah dan berehat. Cuba kita peminjam masa ini perlu berstrategi menyusun masa. syukran Ya Allah atas masa dan kehidupan yang dipinjamkan kepadaku ini..

Erm..Hari ini si comelku genab 4 bulan, dan hari ini juga dia sudah pandai meniarap. Rajin sangat anak mama ni..selalu sangat meniarap..semoga anak mama membesar sebagai srikandi solehah..ameen..dan kini sudah 6 bulan baba Aufa tinggalkan kami...namun, ingatan terhadap baba tidak pernah padam dihati dan jiwa ini, malah kekadang ingatan dan rindu ini makin kuat dan menyala. Saban hari doa dipanjatkan buatmu di alam sana.
"Ya Allah!Engkau ampunkan dosa-dosa suamiku Muhamad Fauzi Azizan..Engkau rahmatilah beliau Ya Allah..Engkau tempatkanlah beliau bersama para nabi,para syuhada' dan solihin..dan Engkau satukanlah daku dan suamiku Muhamad Fauzi di syurga nnt Ya Allah kerana kami telah bersama berjuang utk menegakkan kalimah-MU ya Allah"..

Tinggalkan cerita luar..nak cerita pasal bulan pula...Sedar tak sedar sudah sampai kembali bulan Syaaban,masa untuk terus tambah amal dan istiqamah dengan ibadah...bukan bermaksud bulan-bulan lain tidak beramal tetapi di bulan Syaaban ini lipat gandakan lagi...semoga hati besi terus istiqamah...ameen.

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Apakah yang dimaksudkan dengan syaaban?
Berpecah@ bercerai-berai
Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya.
Pendapat lain pula mengatakan, demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Jadi,kesimpulan pengertiannya adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

Apakah amalan-amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan ini?
i. Memperbanyakkan puasa sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban@ malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Jadi, marilah kita membudayakan bulan ibadah ini...amal untuk bekal dan redhaNya...

12 July 2010 Tags: 0 comments

::Program Hi Tea Amal::

Program Hi Tea Amal
 Anjuran : Dewan Muslimat PAS Kawasan Maran
Tarikh: 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Markaz PAS Kawasan,Kg Embun
Dapatkan kupon ini untuk menyertai..hubungi AJK Muslimat Kawasan Maran

08 July 2010 Tags: 0 comments

::rehat sekejap::

Salam ziarah.....tengah duk memikirkan RPH esok, dan selia folio yang masih kosong...
nak cerahkan mata dan rehat minda dengan melihat puteri kesayangan yang dah semakin tomey....:) alhamdulillah...syukran Ya Allah...

anakku yg solehah..ameen..:D

baru belajar meniarap...go n go sayang...
Aufa yg semakin memahami rutin mama..syukran anakku...
..dengan kak ieka tomey...

Semoga anakku menjadi jariah buat mama dan arwah baba...ameen


29 June 2010 0 comments

::Mata siapa yang tidak pernah menangis::

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itudan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
ALLAHUAKBAR!


24 June 2010 Tags: 0 comments

::integriti dan kemanusiaan::

Assalamualaikum warahmatullah...
Salam bersiaran lagi di alam maya, semoga saya dan kalian di dalam barokah dan kasih sayang Allah...
Alhamdulillah hampir seminggu saya melalui kembali alam kerjaya yang penuh mencabar.Antara kesabaran, kecekalan, semangat dan azam yang kuat berlegar-legar di dalam diri ini.
Sesungguhnya saya bukan sahaja berada di satu proses pendidikan, tetapi juga melalui satu proses perorganisasian.Selain bertungkus-lumus memantak dan memahat bahasa Al-Quran ini di kain putih bersih itu, saya juga perlu melangsaikan dokumentasi yang dipertanggungjawabkan.Nampaklah seolah-olah kerjaya ini ibarat kerja 2 dalam satu. Memang agak penat dan memeningkan bagi saya yang masih setahun jagung ini. Namun semangat yang bertunas hari itu saya perlu kekalkan. Saya tidak patut berpegang kepada minat semata-mata, tetapi saya patut memikirkan amanah yang terpundak dibahu.
Sempat saya berbual dengan bos nombor satu di office, selaku orang lama dalam dunia pendidikan dia mengingatkan saya, apabila telah berada di dunia ini ibaratnya kita telah cuba menyelamatkan satu generasi malah generasi yang berikutnya. Tugas yang tergalas ini perlu diletakkan tempat yang utama melebihi kepentingan peribadi...ibarat katanya utamakan integriti dari kemanusiaan...beliau ada hujah tersendiri namun saya akui sedikit sebanyak apa yang diutarakan itu ada betulnya demi kebaikan semua. Namun bagi saya,integriti dan kemanuasiaan sama nilainya..andai tiada nilai kemanusiaan dalam diri seorang pendidik, maka tiadalah nilai ihsan dalam didikannya..mungkin sahabat di sana ada pendapat sendiri..silalah utarakan? :)
Apapun...tugas sebagai pendidik memanglah suatu tugas yang tiada noktahnya.Selagi ada hayat, tugasnya sentiasa berjalan..nilai dan matlamat utama bukanlah ingin melihat anak didiknya berjaya di dalam pelajaran semata, namun pendidik mampu tersenyum lebar andai anak didiknya menjadi manusia yang berjaya dengan nilai moral dan akhlak mahmudah sesuai dengan syaksiah muslim yang sebenar...wallahu 'alam.

20 June 2010 Tags: 1 comments

::selamat hari bapa::

Assalamualaikum warahmatullah...
salam ziarah buat semua,semoga Allah merahmati kita semua...
Cuti sekolah 2 minggu terasa cepat berlalu.Sedar tak sedar esok aku mula menjalankan tugas.Semoga hati ini terus kuat dan bersemangat untuk melalui praktikum 12 minggu.

Bersempena cuti yang dah sampai ke hujung ni, ku mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat semua pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada cuti ini.Barakallahu lakuma wabarik alaikuma wa jamaa bainakuma fil khair.
First:Buat sepupuku Mujahid dan isteri Aishah Atikah..alfu mabruk buat kalian.
Ku tak berkesempatan untuk hadir walimah, apapun hati ini tetap hadir bersama kalian beserta iringan doa.apapun ku menghantar wakil je,si kecilku Aufa :)
Buat sepupu juga Kak Rosni dan Syuhada dengan pasangan masing-masing ...semoga mahligai yang dibina kekal sepanjang hayat.Walaupun dapat hadir majlis walimah hari tu,tapi tak sempat jumpa pengantin..terpaksa berkejar untuk ke Bangi.

mama dan aufa nak pergi kenduri...gambar blur sbb jurukamera amatur..hihi..jgn marah ye ayah andak :D
Juga buat pengantin semalam...sempat dah aufa jumpa kedua-dua pasangan pengantin..cuma tak ada ambil gambar semua pengantin je :)Tahniah ye buat Syukri dan pasangan juga Azlan bersama pasangan...
pasangan syukri dan rina di Kg Sekara

suasana kenduri di kg jengka batu 13

Hari ini pula, Selamat hari Bapa buat semua bapa-bapa di seluruh dunia...khas buat abahku Jusoh bin Mohd Salleh,terima kasih atas segalanya.

Cerita sedikit mengenai abah saya ni...masa muda-muda abah memang agak garang orangnya..lebih-lebih lagi abah tegas dalam bab-bab agama.Saya masa kecik-kecik memang baik sangat :D..kekadang agak culas nak solat..bila abah tahu yang saya pura-pura solat dalam bilik...apa lagi? dapat hadiah free la saya,rotan seurat...aduh...
Bukan sekali dua abah bagi hadiah free pada saya, setiap kali saya buat salah...setiap kali itulah saya diajar..bukan setakat rotan..hanger, tali pinggang malah gunting pun pernah kena..huhu
Cerita mengenai gunting ni...saya juga yang salah..saya kan baik?:D jadi suatu hari saya dengan suka hati mengambil barangan alat solek mak andak saya(adik emak)..saya ambil dan buat main masak-masak...kan pandai tu?hehe..bila abah dapat tahu,apa lagi..tangan saya kena ketuk dengan gunting...tak la sampai luka,tapi sakit la juga..dan seharian saya kena kurung dalam bilik...aduh..sekali lagi :)
Itulah alkisahnya.banyak lagi sebenarnya cerita-cerita manis sebegini dalam hidup saya tetapi tak sempat nak cerita semua :)..nampak macam garang sangat kan abah saya?tetapi saya bersyukur...andai satu masa dulu abah saya tidak sebegitu...membiarkan saya tidak solat, hanya memandang saya tidak menutup aurat atau malas mengaji..tak tau la apa jadi pada saya sekarang...Namun, abah saya kini sudah tidak seberapa berdaya lagi dan tidak garang seperti dahulu.
mak dan abah tersayang
Terima kasih sekali lagi abah...saya beruntung ada ayah seperti abah.Semoga Allah terus merahmati hidup abah.
sayang abah selamanya..

18 June 2010 Tags: 0 comments

::Yang lalu biarkan berlalu::

Salam ziarah,semoga semua sentiasa ceria..
Sekadar perkongsian buat hati-hati yang sedang bersedih.Petikan dari kitab La Tahzan(Jangan bersedih)Pengarang:Dr 'Aidh al Qarni.

sekadar gambar hiasan..tapi LRT ni tak terus ke depan, ia sentiasa undur dan maju :)

Yang lalu biar berlalu
Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan merupakan tindakan bodoh dan gila.Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.
Bagi orang yang berfikir, bekas-bekas masa lalu akan dilipat dan tidak pernah dilihat kembali.Cukup ditutup rapat dan disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' selamanya. Atau diletakkan di dalam gelap yang tidak ditembusi cahaya. Yang demikian kerana masa lalu itu telah berlalu dan habis. Kesedihan tidak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tidak akan sanggup memperbaikinya kembali.Kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali kerana ia memang sudah tidak ada.
Jangan hidup dalam mimpi buruk masa lalu atau hidup bawah payung gelap masa silam.Selamatkanlah diri anda dari bayangan masa lalu! Apakah anda ingin mengembalikan air sungai kehulu, matihari ke tempatnya terbit, seorang bayi keperut ibunya, air susu ke ibunya atau air mata ke kelopaknya? Ingatlah kedukaan anda di masa lalu, keresahan anda ke atas apa yang terjadi, keterbakaran emosi jiwa anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa anda pada pintunya adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan dan segali gus menakutkan.
Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat dan mensia-siakan waktu yang sangat berharga. Dalam Al Quran, setiap kali usai menerangkan keadaan suatu kaum atau apa sahaja yang telah mereka lakukan, Allah selalu mengatakan "itu adalah umat yang lalu" begitulah,ketika suatu perkara habis berlaku maka selesailah urusanNya.Dan tidak ada gunanya memutar kembali bangkai zaman dan memutar kembali roda sejarah.
Orang yang berusaha kembali ke masa lalu tidak ubah seperti orang yang menumbuk tepung atau yang menggergaji serbuk kayu.
Nenek moyang kita dahulu selalu mengingatkan orang yang meratapi masa lalunya 'janganlah engkau mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya'  dan kononnya kata orang yang mengerti bahasa binatang, sekawan binatang sering bertanya kepada seekor kaldai "mengapa engkau tidak menarik gerobak?" "Aku benci khayalan" jawab kaldai.
Adalah bencana besar jika kita rela mengabaikan masa depan dan sibuk dengan masa lalu. Itu sama halnya dengan kita mengabaikan istana-istana indah dengan sibuk meratapi astaka-astaka yang telah reput. Padahal, jika seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan masa lalu, nescaya mereka tidak akan pernah mampu kerana semua itu adalah mustahil.
Orang yang berfikiran jernih tidak akan melibas dan tidak akan menoleh ke belakang walaupun sedikit. Kerana angin akan terus menghembus ke depan, air akan terus mengalir ke depan, setiap kafilah akan berjalan ke depan, dan segala sesuatu bergerak maju ke hadapan. Maka janganlah melawan sunnah kehidupan...

16 June 2010 Tags: 0 comments

::Dari dunia pendidik::


ku lebih gembira di sini...gambar snap sewaktu menapak mencari atm huhu..cian kan? :)

Salam ziarah sekali lagi di lembaran ini...
Menghitung hari yang berbaki di IPG ini, terasa tidak sabar untuk pulang menemui mereka-mereka yang dirindui lebih-lebih lagi si comelku Hannan.
Dua minggu menapak dalam gedung ini, pelbagai perkara dilalui.Khazanah ilmu masih perlu dikutip setelah sekian lama tidak berteleku dengan telinga dan otak dibuka luas-luas.Betul, andai otak dan minda tidak bekerja dengan memikirkan sesuatu setiap hari, lama kelamaan ianya akan tumpul dan beku.Maka, sekarang masa untuk mengasah kembali agar minda sentiasa bekerja.
Penangguhan yang dilalui sedikit masa dulu agak meninggalkan impak juga. Akibatnya aku terpaksa menapak dalam keletihan mencari pensyarah-pensyarah yang bakal mengutip hasil kerjaku untuk memberikan markah. Andai aku tertinggal ini, impak yang lebih besar terpaksa aku lalui nanti, sama ada tidak dibenarkan untuk masuk ke dewan periksa atau terpaksa melalui kelas lagi. Lebih baik aku berpenat-penat sekarang daripada rugi kemudian hari :)

Setulusnya aku gembira di sini...sekurang-kurangnya ku tinggalkan kenangan silam yang bercorak dengan warna-warna pelangi dan terus melalui kehidupan baru. Cuma hati perlu terus melalui hari-hari mendatang dengan penuh cekal dan iltizam, terus bersemangat untuk melaksanakan 'dakwah fardhiah' kepada si kecil yang baru mengenal dunia nanti...impianku kini...pendidik bukan guru...:D


sempat snap waktu kuliah blangsung :)

Sekadar catatan pendek lagi...

.

.